Wednesday, April 20, 2011

Afsar Book Club(ABC): Kembalikan minat membaca

Sejak munculnya blog, banyak pattern of blog yang I tengok. Tapi dapat dirumuskan 70% adalah blog peribadi, termasuklah AfsarOthman. Jadi, timbul pulak idea nak buat satu inisiatif, yerla sejak menjadi salah seorang rakyat prihatin ni,:P...Apa kata, kita buat satu bookclub ala,ala Oprah.Boleh?? Gurau jerla. Tapi memandangkan I sendiri pun dah semakin hilang minat membaca, I think kena buat sesuatu la.

Sebab mengikut kata-kata keturunan belah mak I,(hehe), I ni memang rajin membaca. Tak semestinya buku-buku ilmiah, tapi yang penting masih didalam batas-batas normal. If you know what I mean. Sekarang pun kalau kita tengok, kurang budaya membaca di kalangan generasi muda.(Dah keluar dah sifat terpendam). Budak-budak, even my lil bro and sis pun banyak habiskan masa main PSP, tengok youtube, tak taula apa nak jadi.

Dan kalau I, yang lelaki ni, baca buku, especially novel, written by Nicholas Sparks, Tony Parson, orang akan cakap, "Eh, ko baca buku-buku macam ni??"...Kenapa? Tak boleh ker? Bukan buku ni semua ditulis untuk dibaca? Dulu time kerja popular, selalu tengok anak-anak cina akan berebut beli buku-buku baru macam Twilight series, Cecilia Ahern, macam-macam lagi la. Anak melayu, lalu jer sambil ke panggung wayang. Isk~
Jadi sebagai rakyat yang perihatin, sekali lagi I nak tegaskan, jom lah kita kembalikan budaya membaca di kalangan anak-anak, adik-adik, dan golongan muda-mudi kini. Sebab kalau tengok, projek nilam kat sekolah pun bukan betul sangat, budak-budak ni berlumba-lumba tulis sebanyak buku, sebab nak menang hadiah. I tau, sebab i pun buat macam tu jugak dulu~

I plan nak review satu bahan bacaan dalam 2 minggu, so kalau ada apa-apa cadangan, kita kongsi sama-sama. Tak kisahla buku, magazine, anything as long benda tu adalah bahan bacaan. Semoga rancangan ini berjaya, insyaallah~

Part of my collectionzz~

Yang sempat kemas~



Yang tak sempat kemas, selebihnya dalam kotak, even buku-buku/ magazines baru. MALAS!!,hehe

Maaf, lama tak kemas rak,hehe.BTW, yang sebelah kanan bawah tu, ialah koleksi komik-komik full sets, warisan dari sepupu I. Macam-macam ada. Tu pun baru sikit.

p/s: I tak bawakla the whole picture of my libraby, ni pun main snap-snap jer. Semoga gambar-gambar ni boleh menimbulkan sikit minat. takda niat lain pun,ikhlas semata-mata~

12 comments:

cik riffa :) said...

mmg ramai dh tak minat mmbca pun..
baca blog adalah.
erk?
T_T

Afsar said...

#cik riffa: btul2.. blog pun boleh bagi ilmu jugak, tapi lagi best kalau ilmu yang kita dapat kat buku, kita share dalam blog..:P

man yusoef said...

bnyknya buku!!! aku last time beli buku pon 2, 3 bulan lepas..tebal mcm hape...tak habis2 lagi baca smpi skrg..HAHAHA

Nurarnida Sabrina said...

betol.sejujurnya apa2 buku aku xsuka baca. tgk bku pun aku mls

Afsar said...

#man: kalau tbal tak baca, apa kata ko beli buku2 nipis, tapi jgn yg budak sekolah punya dahla..hehehe

#nurarnida: kira ko ader sindrom tak suka buku la ni..hehehe..meh enrol bookclub aku..:P

froggy said...

saya suke bace... apa2 pun boleh pun janji dpt bace... buku budak2 tadika pun hantam saja...

Mie Tachi said...

suka gak membaca buku.. buku text + story book + majalah belambak dah kat umah tu.. haha keep it up.. dah try Doctor in House??

Afsar said...

#froggy : ok bolehla buat club..

#mie tachi: baru nak review buku tu nex week..macam tau2 jer..thanks bro

nelly said...

selalu baca buku n pinjam buku kat perpustakaan ..
=)

amirah syahida said...

banyak nye buku :)saya pun tak banyak cmneh..

epul said...

Wow...U got August too? Great...I only managed to buy Maskulin, tu pun start collect since April 2006...

titipan hati dan minda said...

like jugak....wah nak join da club jugak ah,...jom review buku sesame...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...