Wednesday, February 10, 2010

Baru 2 hari,dah DEMAM??? Biar Betik!!!..

Siapa yang demam?Kenapa demam? Mesti benda-benda ni bermain kat fikiran korang kan.huhu..Untuk pengetahuan,aku sekarang ni baru start kerja kat satu kedai buku X (bukan nama sebenar),hahah,takutla kang sebut-sebut kena saman pulak.Kerja suka-suka before sambung belajar.Kerja ni ada full shift,ada morning/afternoon shift.Semua dah set,tinggal nak kerja je.So hari isnin lepas,aku start keje.Mula-mula nampak jer macam senang,lagi-lagi bila kita jadi customer dulu.Bila tengok dorang keje,kita kata "ala,senang je keje susun-susun buku ni,semua orang boleh buat".Senang kepala hangguk korang,kalau tak macam mana aku boleh demam??Sapa yang dok mengata aku,memang S**T.Sebabnya korang tak rasa apa yang aku rasa.hehe

So mula-mula kerja kena buat housekeeping.Maksudnya,kena susun-susun bukula.Bukan main susun-susun jer Limah oi,bak kata supervisor aku,"susun buku ni part of art.Ada cara dia".Memang betul,kena accurate and precise.Lepas tu,buat Pricing,and Tagging.Pebenda ni???Inilah tanda-tanda harga yang korang nampak kat belakang buku tu.Lepas dah buat pricing,kena la lekat dekat buku,itu yang dinamakan tagging.Bukan mudah wei!!Nak buat pricing tu kena ingat nama vendor,kod vendor,due date,invois date,pastu kena guna mesin.Mesin pun canggih,banyak nak tekan-tekan.Pening kepala~.Dah macam kilang dah aku tengok kat office admin tu.Nampak mudah,korang pun akan kata senang,tapi cuba dulu,baru tau.

Aku ditugaskan jaga English Department.Wah!!!Kelas gitu.Tapi bunyi jerla.Aku rela lagi jadi cashier kot.So masuk hari kedua,aku buat stock return.Belum lagi stock receive.Stock return ni,korang kena check semua buku-buku/Magazines yang dah cukup tempoh untuk dipulangkan balik.Bukan main check jer tau,kena mula dari invoice,pastu buku-buku ni bukan sikit-sikit tapi ratusan.Bukan dari satu vendor jer,ada more than 7/8 vendor.Korang darabla macam yang siti sifir buat dalam rancangan Along.12 jam aku buat benda ni tak habis2 nasib baik hari ni hari rabu,aku off.Proses dier sangat panjang,terlalu banyak benda.Bukan kumpul pastu pulang jer.Kena kira berapa yang terjual,berapa harga jualan,nak order untuk bulan depan berapa,ni semua skill-skill yang korang akan dapat walaupun baru 2 hari kerja.

Nak dijadikan cerita,hari pertama aku cramp kaki,hari ke-2 dah nak demam-demam,hari ke-3 akhirnya aku demam.pressure punya pasal.Ini belum hujung bulan lagi.Customer pulak jangan ceritala,macam-macam perangai yang korang leh jumpa.Tapi setakat ni,aku still kuat lagila.Baru 2 hari takkan nak give up.Korang pun macam tu.Ada member-member aku kata,tak seseksa macam kerja dorang kat M* D,atau 7*,yer ker?? Tapi yang aku tau,keje kedai buku memerlukan skill yang sangat tinggi.Kalau tak,macam mana before aku,ader ramai lagi yang berhenti walaupun keje tak sampai sebulan???Even pekerja-pekerja kat situ pun pernah kerja kat tempat-tempat seperti di atas,tapi dorang stil kata kerja kat kedai buku X ni,berganda teruknya dari tempat lain.Dahla aku ni antara yang termuda,segan jugak.Tau tak,seorang pekerja kedai X,kena tau hampir semua operation dalam seluruh kedai.Silap-silap haribulan,minggu depan aku jadi cashier pulak. Tapi dalam 2 hari ni,aku dapat terlalu banyak ilmu,belum sebulan lagi tu.Lagi satu,kerja kat mana-mana pun ada challengenya masing-masing.Terpulang pada kita yang kena pandai mengharunginya.Apa-apa pun kalau korang nak beli buku,bagitau aku,dapat 15% diskaun rate.Jangan segan-segan,order jer..Chow~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...