Friday, April 29, 2011

Bencana Alam di Puncak Alam

Hari ini hujan!!! Bangun pagi pukul 5 nak study, hujan turun mencurah-curah..hehe, macam karangan Bahasa Malaysia Tingkatan 3 pulak~.. Hujan turun dengan lebatnya, dan on the way nak pergi Exam, hujan masih belum berhenti.

Nasib baik naik kereta, kalau tak tak tahulah macam mana lencunnya. Kesian dengan kawan-kawan yang menduduki exam dalam keadaan yang lencun. Kenapalah tak telefon mintak tolong ambil kat rumah ker?? But the main issue here bila balik exam, this is what happened.

Tak jelas??? Ok, tengok gambar seterusnya :-

Banjir!!! Macam mana nak balik rumah(rumah sewa yer~)
Mana-mana kenderaan yang berani redah, hentikanlah niat anda. Konfem sangkut di tengah-tengah.
I was stuck for about 30 minutes, before ada kawan bagitahu jalan alternatif. Lega rasa, for now. But I'm going back to Cheras, sebab plan nak balik kampung. tak tahu boleh ke tak, sebab semua jalan-jalan di sekeliling banjir.

Jalan Econsave, ada kereta dah tenggelam.(Kebenaran agak kabur sikit).
Jalan Meru, banjir teruk. Kawan-kawan di Klang Sentral semua stuck sebab bas tak sampai
Jalan Sungai Buloh pun sama banjir.
Terkandaslah nampaknya di Puncak Alam. Semoga malam ini tidak hujan dan besok boleh balik!!!!

Harapan nak makan Mc D pun terkandas sebab ini:-

Maaf, kamera kecik, so gambar Mc D' tak dapat masuk, hehe. Tapi Mc D' memang lengang hari ni.

P/s: Paper final hari ini agak ok dari the first one. Insyaallah score~

Tuesday, April 26, 2011

Dah Berusaha, Tawakal~

Seperti sedia maklum, today is my 1st final paper. Out of all final examination, paper Financial Account menjadi penghulu segala paper. Sigh~.. Kepada semua pelajar yang mengambil subjek ACC418, I paham perasaan you all. Even star student, mengeluh apatah lagi yang tahi bintang ni,hehehe.

Ramai yang bertanyakan kenapa muka I happy~, jawapannya mudah je. Bukan I nak kata, I dapat jawab ok, tapi I rasa I dah berusaha, and now masa untuk bertawakal. Soalan memang susah, even I pun banyak yang tak boleh jawab, tapi I tak rasa usaha I sia-sia.

Banyak suara-suara kecewa yang I dengar, contohnya :-
"Menyesal setiap hari bangun awal-awal"
"Rugi rasa study, kalau tahu tidur jer"
"Ala, rileksla~..Paling kuat pun repeat!!"
Janganlah berterusan kecewa sebab banyak lagi paper untuk ditempuhi. Kuatkan semangat dan terus pandang kedepan. Yang sudah tu sudah~

Yang I highlight tu la yang I paling nak elakkan. I berdoa paling kurang pun lulusla, walaupun I mengharap yang lebih baik, sebab kalau tak pointer I akan jatuh, dan harapan nak dapat ANC(Anugerah Naib Canselor) akan musnah. Tapi apa-apapun, I berdoa yang terbaik dan semoga doa I akan dimakbulkan tuhan, Insyaallah...

Sama-samalah kita berdoa supaya tak jumpa lagi subjek ini!!!!!!

Saturday, April 23, 2011

Pihak Sekolah Sila Ambil Perhatian

Hari ini kita ilmiah sikit yer guys. Mengikut dari pemerhatian I yang hampir seminggu duduk di rumah, ada benda yang menyakitkan hati I. Rasanya dulu ada isu ini dibangkitkan di Parlimen,(parlimen tuuu~), tapi sekarang tengok tak ada hasil pun~

Macam itulah orang berjanji, bila nak kan sesuatu berjanji bagai nak rak, kalau boleh bulan bintang semua nak bagi. Tapi lepas itu, hampeh....Mesti ramai yang nak tahu, isu apa yang buat I bengang ni. Tak lain tak bukan, isu beg sekolah berat,hehe...Nampak mudah, tapi bila ada adik-adik kecil, anak-anak yang baru setahun jagung, bawak beg sebesar-besar alam, tak ker kita pelik??

Everyday since duduk rumah ni, I akan check my lil bro & sis punya beg. Even subjek itu ada dekat sekolah hari besok, I stil akan ambil mana-mana buku yang I rasa tak sesuai untuk dibawa. Biarlah adik I merengek cakap nanti cikgu marah, kalau kena marah memang siaplah cikgu tu. I taknak salahkan cikgu ker atau sesiapa sahaja, tapi I harap ada pihak yang prihatin.

Memangla pergi sekolah bawak buku dalam jadual, tapi kalau 1 hari ada 5 subjek, dan setiap satu subjek ada 3 buku,(Buku Teks, Buku Kerja, and Buku Tulis), cuba kira berapa banyak buku perlu dibawa. matematik anda ok lagi kan ker nak I tolong kira??..:P. Dekat Universiti pun takder sebanyak tu,  setakat buku-buku tebal yerla. Subjek pulak paling kuat 2/3 subjek. Kalau jadual packed pun tak adalah hari-hari. Ini kalau tengok jadual budak-budak sekolah ni, menangis rasa.

Jadi untuk mengambil inisiatif, I akan pergi sekolah untuk next meeting PIBG. Walaupun I hanya abang, but I think I need to say something, Sebab orang lain macam tak ambil pusing pun~. Even my mom pun dah pernah cakap dekat sekolah, tapi nothing. Pihak sekolah kata based on kurikulum, aah,yerla tu.

  Ini belum timbang atas penimbang tepung lagi ni...

Sementara I ada dekat rumah ni, memang I hantar sampai pintu kelas. Kesian punya pasal~

P/s: senang-senang tukar jer Ipad, tak pun E-book.. Malaysia pun boleh jadi negara Maju, adik I pun tak sakit belakang!!!


Thursday, April 21, 2011

Rumahku Syurgaku

"Rumah dekat bolehla, balik tiap-tiap minggu. Kalau aku pun aku buat macam tu"
Sakit telinga bila dengar mulut-mulut longkang ni berbicara begitu, Cheh,berbicara konon,hehehe. Tapi memang menyentuh jiwa raga kalau ada orang bercakap tentang kita. Biasala, mulut orang~
"Sementara mak bapak ada lagi, baliklah"
Inilah jawapan yang paling best aku dengar dari mulut member. Kenapa mesti nak pertikaikan sebab kalau kita balik rumah tiap-tiap minggu, suka hati akulah. Duit minyak aku bayar, kereta pun kereta aku. Ish,memang tak puas hati. Aku memang tunjuk baik sebab 70% perangai aku macam tu, tapi janganlah sampai aku tunjuk perangai GELAP aku.HEHE~~ (Maaf, marah punya pasal, terus pakai AKU)

I just nak cakap, even rumah dekat pun ada yang taknak balik. Dulu waktu dekat UTMKL, ada jer yang rumah dkat, tapi taknak balik,alasan :- Takda apa nak buat di rumah. So tolonglah jangan pertikaikan.Ada yang sanggup cabar tu, itu yang lagi baran.
"Aku tak sabar nak tengok bila kau dah study Oversea, macam manalah kau nak balik tiap-tiap minggu"
First of all terima kasih sebab doakan I, tapi ingat I ni aper? I bukan budak kecik yang duduk bawah ketiak mak. It just that bila rumah dekat, I balik lah. Tak ada susahkan siapa-siapa pun. Kau jeles kan???
HaHaHaHaHa!!!!!
Tapi salah satu sebab kenapa I nak balik rumah, sebab inilah :P :-

Kuey Teow, isi udang, sotong, kerang
 
 Lala masak halia. Kalau nak minta resepi, silalah..Serius simple

P/s: Maaf kalau teremosional. Tak ditujukan buat anda pun, sebab orang yang berkenaan tak baca blog ini~



Wednesday, April 20, 2011

Ini Bukan Politik!!

Sebelum kontroversi melanda, baik bagitau awal-awal yer dak. Taknakla nanti timbul isu I berpolitik pulak. Salam semua, hehe..Seperti yang dijanjikan, I akan mula me-review buku-buku baru untuk
ABC(Afsar Book Club), dan buku yang terpilih dalam jangka masa 2 minggu ini ialah buku terbaru biography mantan perdana menteri kita bertajuk "A Doctor In The House". Takder kena mengena dengan mana-mana parti ek, kenapa I pilih buku ni,hahaha

Buku ni I dah lama beli, tapi belum sempat lagi nak membelek. So far from review yang I dapat, not bad la. Macam biasala, ada yang suka, ada yang tak. But selalu berpegang pada kata-kata ini "Don't Judge A book By Its Cover", sebab I pun penah terkena, tapi nantila kita cerita di post lain. Jadi nasihat I, kita baca dulu sbelum buat any conclusion.

Owh, sebelum terlupa, harga buku ni standardize. Kat mana-mana semua sama, RM100. Sebenarnya ini hadiah from my dad. Jadi kalau boleh nak lah gunakan sebaik mungkin. Buku ini terbitan MPH, tapi kat MPH pun harga sama. Jangan ada yang memandai kata lebih murah. Sila jangan bagi information palsu yer kawan-kawan.hehehe.

Insyaallah, 2 minggu dari sekarang I review, eventhough time tu masih dalam final exam. Saja nak menunjukkan betapa gigihnya I, demi rasa kasih dan sayang dekat semua followers dan jugak yang blogwalking. (Dan-dan touching.:P)

 Gigihla nak menghabiskan berapa ratus muka surat ni..hehe


Afsar Book Club(ABC): Kembalikan minat membaca

Sejak munculnya blog, banyak pattern of blog yang I tengok. Tapi dapat dirumuskan 70% adalah blog peribadi, termasuklah AfsarOthman. Jadi, timbul pulak idea nak buat satu inisiatif, yerla sejak menjadi salah seorang rakyat prihatin ni,:P...Apa kata, kita buat satu bookclub ala,ala Oprah.Boleh?? Gurau jerla. Tapi memandangkan I sendiri pun dah semakin hilang minat membaca, I think kena buat sesuatu la.

Sebab mengikut kata-kata keturunan belah mak I,(hehe), I ni memang rajin membaca. Tak semestinya buku-buku ilmiah, tapi yang penting masih didalam batas-batas normal. If you know what I mean. Sekarang pun kalau kita tengok, kurang budaya membaca di kalangan generasi muda.(Dah keluar dah sifat terpendam). Budak-budak, even my lil bro and sis pun banyak habiskan masa main PSP, tengok youtube, tak taula apa nak jadi.

Dan kalau I, yang lelaki ni, baca buku, especially novel, written by Nicholas Sparks, Tony Parson, orang akan cakap, "Eh, ko baca buku-buku macam ni??"...Kenapa? Tak boleh ker? Bukan buku ni semua ditulis untuk dibaca? Dulu time kerja popular, selalu tengok anak-anak cina akan berebut beli buku-buku baru macam Twilight series, Cecilia Ahern, macam-macam lagi la. Anak melayu, lalu jer sambil ke panggung wayang. Isk~
Jadi sebagai rakyat yang perihatin, sekali lagi I nak tegaskan, jom lah kita kembalikan budaya membaca di kalangan anak-anak, adik-adik, dan golongan muda-mudi kini. Sebab kalau tengok, projek nilam kat sekolah pun bukan betul sangat, budak-budak ni berlumba-lumba tulis sebanyak buku, sebab nak menang hadiah. I tau, sebab i pun buat macam tu jugak dulu~

I plan nak review satu bahan bacaan dalam 2 minggu, so kalau ada apa-apa cadangan, kita kongsi sama-sama. Tak kisahla buku, magazine, anything as long benda tu adalah bahan bacaan. Semoga rancangan ini berjaya, insyaallah~

Part of my collectionzz~

Yang sempat kemas~



Yang tak sempat kemas, selebihnya dalam kotak, even buku-buku/ magazines baru. MALAS!!,hehe

Maaf, lama tak kemas rak,hehe.BTW, yang sebelah kanan bawah tu, ialah koleksi komik-komik full sets, warisan dari sepupu I. Macam-macam ada. Tu pun baru sikit.

p/s: I tak bawakla the whole picture of my libraby, ni pun main snap-snap jer. Semoga gambar-gambar ni boleh menimbulkan sikit minat. takda niat lain pun,ikhlas semata-mata~

Tuesday, April 19, 2011

Drama Terbaik, Boleh Kaut 40 Juta.

Mengenang kembali kenyataan DR. ROZMEY, terus dapat inspirasi untuk menghasilkan satu drama seram. Manalah tau, kut-kut boleh ganti bukan sahaja DR., tapi Prof A. yang slalu menghasilkan filem seram tu~. Enough mengata ok, i pergi tengok kut 1st filem dia yang title MISTIK tu. Itulah first time rasa membazir sangat tengok wayang cerita melayu.hehe

Tapi itu dulu, sekarang sejak berjinak-jinak dengan dunia pengambaran ni(cheewahhh), baru i tau perasan seorang pembikin filem/drama. Memang tak mudah, mana nak fikir skrip lagi, select pelakon lagi, technical support tak kira lagi. Ada bunyi macam pengarah tak??hahaha. Ok, dah puas bergurau, let's be serious..:P

Actually, i bukan dalam bidang pengarahan pun, ni ha, sebab nak siapkan projek drama mandarin ni. Kalau budak-budak UiTM yang amik subjek ke-3, dorang taula. Orang lain shooting hari cerah, I ngan member-member shooting tengah malam. Ish, memang tak elok untuk anak-anak dara. Tapi nak buat macam mana, sebab cerita ni, lain dari yang lain. Orang lain sibuk buat cerita kelakar, We ollz, try buat cerita hantu.

Seram atau tak, terpulang pada penilaian masing-masing, cuma kalau tak best, tak rugi pun sebab satu sen duit you ollz, I tak amik. Cuma kalau ada apa-apa untuk di-improve untuk next mandarin project, jangan segan-segan share yer, kita sama-sama belajar.

Di lokasi pengambaran, SERAM~~


Credit to lembaga ini. Tak plan pun nak amik jadi extra.

Sesi perbincangan bersama pelakon, tengokla betapa gelapnya dunia~
 Jurumekap pun tempah khas ok,memang bukan calang-calang.

Hasilnya!!!

Maaf,lembaga ni sakit kaki. Tu yang pakai selipar. Ini lembaga 2,lembaga 1 balik study.

Mana tau lepas ni boleh ganti CST PRODUCTION pulak~~

Sekali lagi, sebelum anda menonton please bare in mind this 3 things:
1) Kami bukan pelakon hebat, sekadar picisan
2) Ini drama mandarin, so sebutan paham-paham jerla.
3) Ini bukan drama profesional, hanya drama projek Bahasa Ke-3
4) Sorry subtitle melayu lupa nak masukkan!!!

P/s: Ibu mengandung, penghidap strok, kami merayu, tolonglah jangan tengok,:P

 

Penutup Tirai Segala Kesibukan

Seperti yang sedia maklum, minggu ini minggu study week. Oleh itu, no more lectures, no more assignmenst, and definitely no more Pak Guard(mentang-mentangla dah kena saman). Last week was a very hectic week, not just for me, tapi semua students. Memang sorang-sorang nampak tahap kewarasan masing-masing yang semakin menurun. Dalam kelas cakap merapu, 10 kali tanya soalan yang sama sebab tak paham(that was me), kena tegur dengan lecturer sebab muka blur tembus dinding,hehe..

But among those tests/quizzez/assignments/presentation, ada satu test yang dibuat malam hari jumaat, and it was our last test of this semester. The best part is, itulah satu-satunya test dalam sejarah yang memang tak pecah kepala, and konfem-konfem A. Ok yang tu tipu, tapi insyaallah la kan. Serious fun. Dan malam tu jugak, dapat ramai kawan.

Cuba bayangkan, satu semester ko dalam kelas yang sama, tak penah tegur, but then bila dah sampai last kelas, dah macam family. Masing-masing kenal each other. Maybe la masa mula-mula dulu, semua berlagak DIVA kut. Yerla, mana taknya, semua nak jadi aktor terkenal..:P. Bila kelas dah abis cikgu cakap macam ni.
"Now kelas dah abis, I'm not your teacher anymore, but please remember..(Tarik nafas dulu), We are friends from now on. Call cikgu, kita lepak sama-sama, Kahwin jemput, and final presentation budak-budak cikgu kat akademi seni, sila datang semua."
Ok, cikgu, kitorang cuba. One thing yang I tak expect from this class is that, I'm  able to get more friends. Bukan setakat kawan sekelas jer. Even jumpa kat kolej, or kampus, masing-masing menegur. We've become more than just friends. Thanks Guyssss, I'll cherish every moment~

p/s: Gambar-gambar ni semua, credit to Aliah Husna, Dia ni pun blogger jugak, and definitely my new friends.

Tema malam tu, memang all blacks~

 Eh,eh, sesat pulak sorang..hahahaha (gurau jer)

 Patut ramai lagi ni, hilang mana ntah~

Yang bukan baju hitam tu, Cikgu Ariel, lecturer akademi seni.

Adios, Drama Group PA112.

Monday, April 18, 2011

Wanita yang paling dicintai

Ha, Rindu tak? Rindu tak? Jangan bohong..Boleh nampak dari sini,hehehe...So how's life guys?? Hari-hari pikir nak update tapi masa tak kesampaian. Terlalu sibuk sehingga I miss one important days of my life. Bermula di suatu hari when i'm too busy preparing for 3 tests in one day. Kejam tak?? 1 test pun tak mampu, ni 3 test satu hari, tunggulah i jadi MPP next semester, :P

Late at night,keluar dengan one of my housemate pergi supper, tapi dah pukul berapa pagi ntah. Tengah-tengah buat luahan perasaan, datang satu sms from my friends. Dia ni satu keturunan birthday semua dia ingat, sms berbunyi "Bro, Happy Birthday to your mom".. Berderau terus rasa. Birthday mama!!!!!. Serius nak nangis. Sebab i'm too busy dengan dunia, sampai birthday mak sendiri pun lupa~

Usually, i'll be the first one to wish, and adik-adik akan buat kad, sweet sangat. But this time around sebab terlalu nak berjaya, i tend to forget about everything. One of my friends cakap, "cuba bayangkan kalau ko dah berjaya, and terlalu busy dengan kerja. What will happen then??" Apa yang dia cakap semua betul. Walaupun kejayaan itulah yang diharapkan from both of my parents..

MAMA,
The reason why i'm working so hard is because of our family. I want to able to give back everything that i've received from both of you. But i'm truly sorry for everything as well.

Boy(nama panggilan di rumah) selalu cakap, kalau mama takda, dunia sure lain. Mama teman bergaduh, mama teman sejati, mama penguat semangat. Mama selalu kata "money is not a problem, yang penting jadi anak yang soleh" "Belajar pandai-pandai, semoga cemerlang dunia dan akhirat". And bila dapat good result, i can see your happiness, even ayah, semua dia nak bagi. Tapi bila tak bangun subuh solat, i definitely can see your anger. Maafkan boy.

Di hari jadi mama, sorry sebab wish lambat. Even mama cakap takper, for me still not okay. That day will be the last day. Lepas ni memang konfem tak buat lagi. Mama jangan kerja kuat sangat. Banyakkan berehat. kadang-kadang letih bila 24/7 mama asyik buat kerja, bila suruh pakai orang gaji,mama taknak. That's why bila balik rumah, i'll make sure i'll do everything, except cooking la,hehe. Dari basuh pinggan, lipat kain, angkat kain, macam-macam lagila. Kalau dalam hati boy rasa penat nak buat semua tu, lagi-lagi bila baru je sampai rumah, boy akan ingatkan diri yang mama lagi penat..

Dengan adik-adik pun selalu pesan, jangan bagi mama penat. I'll always told them, cuba bayangkan kalau mama takda kat dunia ni. The truth is, even i cannot imagine to be in this world without her, sorry adik-adik, saja jer bagi insaf.hehehe..

Finally, untuk mama, sentiasa doakan anak-anakmu ini akan berjaya. Nak kongsi satu rahsia dengan mama, tau tak segala benda yang boy buat dekat dunia ni, bukan untuk diri sendiri tapi untuk mama, ayah, dan adik-adik. Bila dapat result test, even tak dapat fullmark macam aritu only 48.5/50, i'm not disappointed, but i'm thinking that you are going to be disappointed with me. Prinsip hidup baru, 'Biar kita kecewa, jangan biar ibubapa kita kecewa'. Sorry sebab terlalu mengejar kejayaan~

Puas cari gambar baru, yang ada raya tahun lepas punya. Lepas ni konfem kena selalu bergambar ngan mama

Sunday, April 3, 2011

Practice Makes Perfect

Maybe ramai dah tahu, that this coming tuesday 5/4/2011, Awana Citra Events akan ada presentation untuk mendapatkan approval for our proposal which is "Mahligai Kasih 2012". Jadinya, last saturday adalah rehearsal untuk presentation. Dari gimik sampailah ke presentation. Alots of things happened, tapi so far alhamdulillah ok.

Kepada semua pembaca, harap doakan kejayaan kelulusan proposal we all yer. Dah lulus nanti, i will recruit semua followers untuk jadi volunteer. Ada budget tau, means you guys will get PAID!! Setiap kali sembahyang tu, doakan sambil sebut nama,hihi.

Sorry jugak sebab lately ni i'm too busy nak update, lagipun banyak tests and quizzes coming up. Untuk mengubati kerinduan(hehe), and too make sure you guys believe what i said about my buzy-ness, i'll put up these pics over here~

meetings for presentation
 
 another discussion~
 
see, how busy am i..
Tolong menolong, :P
 
 
 another discussion~
 
Full rehearsal presentation
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...