Monday, June 27, 2011

Mahligai Kasih : "Anis & Faizal"

Ada satu teka teki. Cuba kira berapa hari tak post entry??  Ha..Susahkan.. {Konfem kena lempang jap g, :p}
2 minggu sudah memang agak sibuk sebab sepupu kahwin. Dari tempoh bertunang sehingga ke bersanding, memang kami ahli keluarga sentiasa berdebar-debar menunggu detik-detik bahagia. Amboi, macam kita pulak naik pelamin.Hehe...

Segala-galanya dah selesai. Banyak perkara menarik berlaku. Today I really want to share all the good memories to honor their marriage.

------------------------------------------------------------------------------------------------

KISAH 1 : IPAD VS DSLR

Anis: "Nak Ipad untuk hantaran??"
Faizal: "Ok" {Dan Anis menerima Ipad sebagai hantaran yang dibeli lebih awal}
Faizal: "Nak DSLR??" {Mengikut sumber, beliau teringin akibat pengaruh dengan trend DSLR masa kini}
Anis: "Orang mana ada duit!!!"

Tidak dapat dipastikan samada Faizal kecewa atau tidak. Tetapi sebagai lelaki dan bakal suami, ciri kesabaran yang ditunjukkan beliau amat mengagumkan. 

Di Majlis Akad Nikah ramai yang cemburu melihat Ipad2 32GB milik Anis. I was one of them,hehehe


Makan hati weh ~
 
Namun ramai juga yang cemburu melihat hantaran Anis kepada Faizal. Sebab ini :

DSLR yang diidamkan Faizal. Rupanya dibeli Anis sebagai kejutan hantaran perkahwinan. The Idea came 6 month ago right after their engagement day. Pandai Anis simpan rahsia.

---------------------------------------------------------------------------------------------
 
KISAH 2 : IPAD VS DSLR 
 
Faizal: "Eh ada DSLR?? Berapa harga??"
Anis: "Takyah taula. Kenapa, nak kongsi-kongsi bayar ke?"
Faizal: "Boleh jugak. Kita kongsi-kongsi bayar" {Ciri-ciri suami yang baik. Berkongsi harta dengan isteri.}
Anis: "Tak payahla. Orang bergurau jer.. :)" {Anis memang sentiasa pandai bergurau}
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------
 
Anis yang dikenali adalah insan yang sentiasa mendulukan orang lain. Insan yang sentiasa mendengar kata orang tua, dan sentiasa lemah lembut dalam setiap pertuturan dan tingkah lakunya. I'm not saying this because she's my cousin. But I do feel like a brother to her. Younger Brother ok. I muda lagi,hehehehe.
 
That's why, bila dia bertemu jodoh dengan calon pilihan yang dikenali 9 tahun lalu dan kini selamat diijabkabul, kami merasakan itulah jodoh yang terbaik untuknya. Anis, seorang yang sangat setia dalam cintanya. Kami sepupu-sepupu sangat mengetahui.

Faizal, usia perkenalan kami mungkin singkat. Tapi I can feel that he's the right choice for her. Insan yang suka bergurau, sentiasa bijak dalam pergaulannya, dan tidak mengambil masa yang lama untuk kami menyukainya. Seorang yang sangat ikhlas dan seorang yang penuh kasih-sayang
 

Airmata Anis berjurai-jurai saat Upacara Pembatalan Air Sembahyang. Kami turut sama sebak. Kisah cinta yang mencecah 9 tahun kini diikat abadi dengan sebuah perkahwinan.


Kegembiraan Kamu berdua, kegembiraan kami sekeluarga.
 
 
Kami sepupu-sepupu mendoakan semoga Anis & Faizal akan terus saling mencintai dan hubungan suami isteri ini kekal sehingga ke akhirnya...

 
Abang Pejal, Welcome To The Family. Lepas ni, kena layanla kerenah-kerenah sepupu yang asik bergurau tak abis-abis. Kadang-kadang sampai kena asma sebab asik bergelak, :)

P/S: Abang pejal pernah tulis, Kak Anis adalah bidadari yang akan menunggunya di syurga. Insyaallah...
 
(Sebak ketika Entry ini dikarang, kerana saya merasakan cinta dan kasih sayang anda berdua, LOVE YOU BOTH)

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday - #2

Wordless Wednesday (WW) adalah satu trend untuk semua bloggers di alam Maya. Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa-apa caption/penerangan/cerita dan sebagainya.

Biar gambar yang menceritakan segala-galanya. For example anda tafsirkan sendiri gambar di bawah. Ingat,

"A Picture Worth A Thousand Words"

P/s: Mana satu lagi wordless?? HeHe. Pilihan di depan mata, biar jari menjadi juri.. :)

Monday, June 20, 2011

Kenapa Program Realiti TV itu Perlu???

First thing I want to be clear on something. Entry ini tiada kena mengena sebab Hazama menang AF. I didn't watch AF fully. Sekali-sekala kalau TERtune, tengoklah. Free pulak astro ria tu, hihihi. But then I know there are 2 sided of groups. Satu sokong realiti TV, satu lagi group dah sah-sah la kata realiti tv ni mengarut. But today, I bukan nak sokong realiti tv, tapi just nak share some ideas. Boleh tak?? Siapa kata tak boleh, sila KOMEN, wakakakaka~

1) Mencari Bakat-Bakat Baru.
Janganlah kata penyanyi dah ramai, nak cungkil apa lagi? Dik, program reliti tu ada macam-macam jenis. Yang ko pikir penyanyi jer kenapa? Pikirlah program-program macam Imam Muda, Ustazah Pilihan ker. But then, it's still a good thing.

Contoh nak jadi Qari-qariah, Akademi Al-Quran sah-sah boleh bantu. Yerla, kalau takder Akademi AQ, selalunya kita tengok qari ni datang dari sekolah pondok. At least kita boleh sediakan peluang untuk orang awam, masuk program-program macam ni. So, dengan kata lain, semua orang dah berpeluang tunjuk bakat, sebab medium dah ada. Antara berani dengan tidak jer~


2)Peluang Untuk Muhasabah Diri.
Pernah tak menangis kalau tengok audition-audition dekat Youtube?? Sebab apa menangis?? Best kan..Ataupun kadang-kadang, korang terharu dengan kisah hidup peserta-peserta tu. So, bila ada yang mengkritik, fikirlah balik. Bukan semua yang masuk tu orang senang. Mungkin ini salah satu cara untuk memperbaiki taraf hidup.


Yerla, kalau nak belajar pun otak dah kosong, baik gunakan jer bakat atau kudrat yang ada. Kadang-kadang kesian tengok yang pergi audition ni kena kutuk. Memangla menyanyi bunyi longkang, tapi atleast diorang ada keberanian nak pergi. Kita ni yang duduk tengok tak payah mengata. paling kuat pun gelak sudahlah.. Hahahaha~


3)Merubah Taraf Hidup.
Masuk program realiti tv ni ganjaran besar tau. Tengok Suki masuk OIAM, easy-easy 1 juta. Tapi tengok mana dia sekarang. Lesap dengan duit-duit sekali,hihihihi. Ok, itu gurau jer. Maksudnya, bila dah menang atau at least top 12, orang dah kenal. Peluang nak tonjolkan bakat dah ada, tinggal nak ada orang yang betul membimbing jer.

Cuba kaji, pemenang-pemenang realiti tv di dunia. Kebanyakkannya dah berjaya dalam hidup. Rata-rata pulak bukan orang senang. Jadi, sekurang-kurangnya, realiti TV dah meringankan beban mereka-mereka ini.

--------------------------------------------------------------------------

The reason why I did this entry today is because of this video. Kalau sudi, spendlah 5-10 minutes dan tengoklah video ni. Menggodak-godak Youtube tadi terjumpa video ni. Very overwhelming and eyes brawling. Bak kata Taylor Swift "Tears Drops On My Guitar lah" wakakakaka~

Tak semua orang bernasib baik dalam kehidupan. Tetapi Program-program sebegini mampu memberi kehidupan yang baik kepada mereka-mereka yang memerlukan. What do you feel when you watch this video???



P/s: I'm not saying that Reality TV is a good thing. It depends on how you guys deal with it. Kalau Hari-hari duk' mengadap tenogk Diari AF (nasib baik dah abis), sah-sahla memang tak elok~

Thursday, June 16, 2011

Segmen : Aku Seorang Blogger...

 

Macam biasa, Salam. Tergerak hati untuk join segmen harini. Before this dah masuk segmen Abang Ben dan terserai di #163 tak silapla. Kalau korang tak percaya, biasala ada suara-suara sumbang suka kata I penipu, bolehla Klik Sini.

Tanpa berlengah jum kiter semak syarat-syarat segmen ini :
1.  List pada entri korang 5 SEBAB kenapa aku jadi blogger..
  • Untuk Buat Duit ( Excited bila tahu pasal Nuffnang. Tapi itu dulu. Sekarang tunggu dan lihat )
  • Untuk Jadi #Femes ( Perjalanan jauh lagi. So stop dreaming, hehe )
  • Nak cari kenalan yang berkongsi minat yang sama. ( Now semakin hari semakin bertambah )
  • Minat yang terlalu mendalam dalam bidang penulisan. ( Cita-cita nak jadi wartawan :P )
  • Tak pernah decide pun nak jadi blogger setegar ini. ( Agaknya seru dah sampai~ )
2.  Letak banner kt atas tu pada entri korang dan jangan lupa link ke blog ni sekali..
  • DONE
3.  Aku tak kisah kalau korang nak jadi follower aku ke tak.. takde paksaan..
  • DONE
4.  TAG 3 orang kawan join sekali segmen ni..
5.  Tinggalkan URL/LINK yang telah korang buat tu kt bahagian comment bawah ni..
  • DONE

*Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 30 JUN 2011.. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------
P/s: Ringan-ringankanlah tulang join segmen ni. Kita support each other~

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday - #1

Wordless Wednesday (WW) adalah satu trend untuk semua bloggers di alam Maya. Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa-apa caption/penerangan/cerita dan sebagainya.

Biar gambar yang menceritakan segala-galanya. For example anda tafsirkan sendiri gambar di bawah. Ingat,
"A Picture Worth A Thousand Words"

P/S: Entry baru besoklah yer. Bagi laluan untuk (WW)~

Tuesday, June 14, 2011

‘Why stay in Malaysia’ – Would you like to feature your quote in a book?

Assalammualaikum.. Ha, tak jawab berdosa tau~ Ececece, kuit tak? Ok enough. Nanti banyak mulut-mulut yang mengata. Korang dapat dosa, I pun dapat juga. Today, I'm gonna talk about something serious. Tahap keseriusannya anda boleh ukur dengan pita pengukur, hehehe.

I'm doing this favor for a friend of mine. I know him from CyberWorld, but then we get along pretty well. 2 days ago, he posted a link to my wall and it's something to do with a book. Long story short, there is this one publication, Zubedy Publication, trying to come out with a book of quote.

All quote must be about Malaysia. Kalau tak faham, I translate. Quote anda atau dalam kata lain 'petikan' mesti berkenaan "Why stay in Malaysia". Contoh satu I bagi ok : 'Because Nasi Lemak Rocks' @ 'Malaysian girls are hot', contoh jerla yer..Erk~~..Hahaha, yerla-yerla Malaysian girls memang cantik~~

Bukan itu sahaja, kalau quote anda terpilih, penerbit akan credit nama anda. Boleh popular tau. Kalau nak tunggu masuk majalah Remaja lambat lagi kan. Ini cara termudah. Tolong pass around cerita ini yer. Dekat bawah ni ada details, harap kalau ramai-ramai LIKE kita boleh membantu. Tapi again, lagi best kalau you guys sama-sama menyumbangkan quote masing-masing


I do think this is A GOOD IDEA. After all it's about us Malaysian. Here are the details :


Send your quotes to
charis@zubedy.com/ rizuwan@zubedy.com or drop us a message at facebook

Include these details:
  1. ‘Why I stay in Malaysia’ one liner 
  2. Name
  3. Contact details
  4. Short profile to be included with your quote - (e.g. name, age, location, occupation/what you do)
by the 28th of June 2011

 Send us your 'Why I Stay in Malaysia' one-liner immediately and do pass this around- we want to gather as many quotes as we can!


Untuk memudahkan korang mengLIKE, sila klik link di bawah, :


P/s: Jangan Lupa Lirik Ya!!!! 

Sunday, June 12, 2011

Kaki Wayang: Kung Fu Panda 2

I know, I know, I know. hehe. Gediks la sampai 3 kali nak tanya, konon-konon ada yang respon la~ Eh, tapi mana tau ada yang response kan. Ok, I know, long time no see. Even nak balas BW pun tak nyempat-nyempat. Musim cuti sekolah, so I need to pay a little more attention to my little siblings. My lil brother pun baru lepas kena eczema teruk. Yerla dia sensitif cuaca panas. Sooo Sorry. Ikhlas ni, bukan macam Gambit yang minta maaf macam 'melepaskan batuk di tangga,'. Kikikikiki~

Adik-adik bising lama tak tengok wayang, so I ambil initiative bawa mereka tonton Kungfu Panda 2. I'm not a fan of cartoon. Last time, tengok Shrek Forever After 3D, starting jer dah tidur. Terbang RM18. Untuk Kungfu Panda starting cerita je, I dah menguap. But then it's only for 5 minutes. Then, dah mulalah storyline, plots, development of the characters. I was really intrigue to watch until the end.

Seriously, I had fun. The furious 5 was awesome. Suka sangat dengan tigress. Dahla suara seksi and it turns out rupa-rupanya suara Angelina Jolie. Patutlah~. It's hard to believe that I'm about to cry lagi-lagi scene Po Si Panda nak pergi menyelamatkan China dan tinggalkan ayahnya Si Angsa.

Lawak yang paling best, bila Po Si Panda ni tak pernah terfikir yang Si Angsa bukanlah ayahnya. I mean takkan dia tak pelik yang rupa ayahnya tak sama macam dia. But that's cartoon even something unreal do feel real. Love it. Graphic pun cantik so memang overall sangat-sangat puas hati.


P/s: I bagi 4 bintang, however cerita Ratatouille yang pasal tikus jadi chef still terbaik!!!! Later I review cerita KL Gangster. And don't be surprise dari mata I, Kungfu Panda lagi best~~~

Tuesday, June 7, 2011

Mati, Jodoh Pendek

Benarlah, jodoh maut tu di tangan tuhan. Tiada siapa yang dapat menjangkanya. Nearly 1 Month ago, one of my friend close friend beritahu dia ada bela anak harimau. I was the one that really excited, blamed 'Christian The Lion', kalau tak kenal siapa Christian Wajib Klik Sini. As I was getting extremely excited, I plan to do some visit, tak tahan punya pasal.

Tapi macam biasalah, manusia terlalu sibuk mengejar dunia and I think I'm one of them, consider I belum berkesempatan lagila. Dan semalam, she told me that her cubs dah 'MATI'. Terkilan sangat, sebab bukan senang dapat bela anak harimau belakang rumah you allz. Silap-silap boleh masuk Oprah kau~

But, just for the remembrance I'll post all the details over here :
  1. NAME : BIEY
  2. AGE : 1 MONTH
  3.  POB : MUADZAM
  4. SPECIES : ASIAN LEOPARD CAT
  5. DOD : 26/5/2011
  6. REASON : SEIZURE @ SAWAN
I post gambar dekat bawah ni :
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ha, terkejut tak? Kikiki, bukan anak harimau la, tapi anak kucing. Gila anak harimau.
Sekali dia NGAP ko, tak ke naya~

 Yang mati tu BIEY.. Yang lagi seekor tu, I'm not sure about the condition. 
Nanti I risik-risik~

Dalam Kenangan~~~

Saturday, June 4, 2011

Off 2 Hari, Bawa Hati Yang Lara

Salam. Seperti biasa, nak beritahu la, that I'm not gonna be around for about 2 days. So, jika ada apa-apa pemberitahuan, sila tinggalkan komen, atau shout jer, tapi lebih baik kalau follow, KiKiKi

OppSS, tiada mana-mana hati yang lara pun, saja bikin suspen. Semalam YuYu Zulaikha bikin suspen dengan entry matinyer, so I thought today nak la try. Mana tau ramai ke follower/followers yang concern, Chewaahhh. Bajet #retiss la tu, :P.

Oh, satu lagi lupa nak share :

Blog Afsarothman juga ada dalam senarai blogger hijau Ben Ashaari First time masuk segmen, so excited terlebih, sampai tahap gaban la,wakakakaka~. So whoever knows me from his blog, nice to meet you all. Apa-apa pun, after Afsar balik, kita jumpa yer, sebab laptop, Ipad, semua tak bawak, taknak berat-berat..hehe, BYE,BYE!!!!


Tak sure korang nampak ker tak, tapi dah korang kat blog aku, sah2 la korang tau kan..wakakaka~

Friday, June 3, 2011

BLOGGER HIJAU , MAI SAT NOO


First time masuk segmen, dan rasanya lebih baik dimulakan dengan segmen blogger femes kan. Amik 'BERKAT'. Kira langkah kanan la ni, hehe. Sebelum ini nak join segmen-segmen, tapi tak reti link-link banner semua~

So, Ben Ashaari buat segmen tentang blogger diantara range 18-25. Sebab baru menyambut harijadi yang kurang dari 25 2 minggu lalu, so still available lah nak join segmen ni. Wakakaka~

Bagi siapa yang nak join, entry ini hanya sehingga 10 malam 3/6/2011. Ini antara syarat-syarat penyertaan :

  1. LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG (DONE)
  2. Undi kat SINI dulu.. wajib !! hahahaha... tak kiraaa..(DONE)
  3. Tajuk .. BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO ..dan linkkan ke entri ini .. (DONE)
  4. Sila lengkapkan ayat ini : SAYA SUKA BLOG ......... kerana ...... ( tidak lebih 10 patah perkataan ) 
     Boleh cari duit bayar yuran pengajian.

Thursday, June 2, 2011

Benarkah Graduan Terlalu Memilih??

Pengangguran semakin meningkat. Kajian menunjukkan hampir 400 ribu graduan menganggur. Kenapa?  dan Mengapa? Ramai yang menyalahkan para graduan kerana terlalu memilih pekerjaan. Ini dinafikan graduan kerana mereka mengatakan peluang pekerjaan terlalu terhad. 50% benar dan 50% lagi konfem salah. Mari kita kaji bersama-sama. Anggap jerla entry kali ni, peluang untuk kita sama-sama berkongsi idea. Nak buat Vlog tak berapa pandai, lagipun malu kalau letak dekat 1tube takda penonton..Wakakaka~

Ingin ditegaskan disini, kajian adalah based on my own experienced searching for a job. Eventhough I'm not graduate yet, but in couple of semester I'm gonna have my own Bachelor Degree. Doakan I dapat 1st class Ijazah Sarjana Muda yer.For now I just need a job to fulfill my 4 months of semester breaks..hehe~

Sebab-sebab kenapa rasanya graduan memilih pekerjaan :

1) Gaji yang tidak setimpal dengan kelulusan
Ok, I ada pengalaman kerja dengan sebuah syarikat buku yang terkenal waktu cuti semester, and they only pay me RM 750 basic. Waktu tu I guna skrol Diploma, kejam gila bayar gaji macam tu. Setaraf dengan orang yang hanya ada kelulusan SPM. Ini tidak adil. Tadi I tengok iklan, Junior Customer Care Assistant basic 1400, minimum qualification, SPM. Terasa macam sia-sia dulu kerja Syarikat Buku tu.

2) Kerja Office tidak sepenat kerja shift
For fun, memang digalakkan kerja shift. Tapi untuk serius sangat-sangat diharamkan. Kenapa? Kerja shift tak tentu masa. Then bila hari cuti, kita tak cuti. Just think, kalau kita cuti hari Rabu, then Sabtu kerja. Time memang akan lari. Dan bila tiba masa mencari jodoh, rasanya memang sukar. I've met a few people yang kerja shift, and they are like in their 30's and still single. Kesian sangat.

3) Tempat Kerja Terlalu Jauh
Peluang pekerjaan kadang-kadang terlalu banyak di luar bandar. Yerla, ada yang tak pernah masuk kampung, sekali dihantar jauh kat pedalaman. Tak menangis ko. Tapi agak-agakla, kalau nak kerja sebelah rumah, suruh jerla bapak ko set-up office sebelah rumah.



Korang tengok Elly Yuza ni, Pemegang ijazah Kejuruteraan Eletrik dari UTM, Skudai keluar Universiti jual
'ITIK', sekarang dah ada 320,000 itik. Sehari dapat 15000 biji telur itik. Tak ker kaya!!!



 Siap buka Syarikat lagi perempuan ni. Tabik la aku kat ko!!!!

Moral of the story, kalau dah takder kerja tu, buat jerla apa-apa, dari duk mengangkang kat rumah. Awak tu dah besar..hahaha. Insyaallah, rezeki ada dimana-mana walaupun bukan dengan pekerjaan yang kita minati..~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...