Test 123, Test 123, OK, dah boleh mula.. Hai Koranggg!!!
sexited sangat bila dapat kembali, kikiki. Kehilangan I macam biasa menjadi tanda tanya dalam Dunia Blogger, :P... Ingat Azwan Ali jer ke boleh pun kontroversi, Hahahaha. Salam Maaf, Salam 1 Malaysia, Salam 1 Cheras.
Biarlah kehilangan I menjadi misteri. Tapi takper, arini specially untuk semua I buat "Entry" yang paling mendapat sambutan di dunia Twitter iaitu
#EntrySumbat. Blogger baru mungkin tak biasa, tapi takper, I citer sikit.
#Entry Sumbat bermaksud segala entry-entry yang merangkumi beberapa minggu tak update disumbatkan dalam satu entry. Paham tak?? Camner nak citer ek, haha. Pahamkan sendiri jerla, takpun boleh check twitter. Benda ni dah jadi
#TrendingTopic, :P
MINGGU SEBELUM HABIS SYAWAL
Normally I letak minggu berapa-berapa, tapi lamer tak update, ingatan pulak taknak samar-samar kan, so I letak jerla apa yang ingat. Sila jangan komplem ok. Kalau nak komplen sila ke ruangan komen, ewahhh~
Time ni busy dengan open house sebab tu tak berhupdate, bukan myhouse k, tapi classmates house. Kita yang jantan ni senah, kenalah turun dapur, takkan duk bergosip kat kedai kopi plak.. Eh, yang turun dapur ni selalu orang pompuan kan?? Konpius plak kawe..hihi
Gigih kan.. Ada ciri-ciri Top Chef tak, :P
BTW, this is not my recipe. Tapi I tolong buat la. Cuba teka pebenda ni?
Ini pun I buat, resepi turun dari ladang ok. Patutla takder masa nak Update..
Eh?? ada kena mengena ke??
Ini bukan propa k. Tak caya nanti try salam I.
Jangan terkejut kalau tangan I lagi kasar dari kertas pasir~
Sejuk hati tgk hasil masing2. Ada ketupat & kuah kacang, mee hoon sup, sandwiches, Fries
Thanks jugak yang bawak buah tangan~
Geng Jejanzz. Time kenduri ni, dekat 50 orang dalam umah at one time.
Bayangkan!!!
Geng Gegurlzz, tapi minus I la ok, jgn duk campur skali sudah~
MINGGU AWAL OKTOBER
Since dah naik belajar ni, I punya jadual macam biasala, Penuh!! Dengan nak handle jadual lagi, studynya, time jimba-jimba dengan kawan-kawan, semua tu kena amik kira tau, nanti tak produktif pulak kalau asik ngadap buku jer, hihihi. Adik-adik sila jangan ikut advise ini.
Tapi yang paling best, bila masa I terpaksa dihadapkan dengan preparation Junior's Night. Anyway, I tak berapa nak Junior la, but then, it's some sort like traditional event la untuk budak-budak Event Management. Time ni la nak cari AWEK, :P. Seronok you'allz leh kenal junior-junior baru dan maintain relationship ngan senior-senior.. DUHHHH~~
Tema untuk semester ni RETRO pulak. So aperlagi, berAGO-GO la masing-masing .
Ala-ala gangster kampung Pisang tak??kikikiki
One of my good friend. Cik Jemah sgt outfit dier, I LIKE!!!
Antara gambar hangat yang diperkatakan di FB!!. I tak main-main la, g check FB I~
One of my favourite performance
Overall, it's not a bad show after all. Biasalah ada kurang sana sini, tapi benda dah jadi, tapi I rasa sangat terkilan bila bayar RM3.50, tapi makanan basi, terasa duit titik peluh ayah I dibazirkan bak air sungai yang mengalir. Insyaallah, it's our group turn next semester. Doakan team I menang bid proposal nanti ok.
MINGGU TENGAH OKTOBER
Recently, I berpeluang menonton filem terbaru Rosyam Nor. Mula-mula tu hati berat jugak la, sebab I memang agak skeptikal bila tengok citer melayu. Dahla hati ni tak tenang, sebab ingat besoknya ada test, so I gagahkan la jugak tengok citer LIBAS!!! Lagipun FREE~
Tapi half of the movie, I tidur jer.. Gigih tidur sampai ternganga-nganga bagai. Rasanya tak perlula nak cerita lebih lanjut, malu nak cerita. Overall, I sendiri pun tak tau dekat maner patut I rate citer ni. Anggap jerla cerita ni macam tak wujud, kejam kan..Macam tu la kejamnya bila I kena tengok citer ni dalam keadaan lapar, ngantuk, dan risau.
Abang Rosyam sibuk duk sebut kekuatan orang lelaki dan perempuan, tapi cerita dier ni takder kekuatan langung, Apa kes??
Pakai Handphone, of kos la tak samer macam pakai DSLR
Memetik kata-kata Abang Rosyam, ewahh.. Sejak biler ntah dier kawin ngan akak aku pun aku tak tau. Rosyam Nor cakap, tapi terima ngan hati tebuka yer :
" Kaum Wanita lebih kuat, sebab kendong susu tak tumpah "
" Kaum lelaki juga kuat, sebab kepit telur tak pecah "
P/S: I tak tau aper motip dier cakap macam tu, tapi yang penting, dua-dua kuatla..hehe. EntrySumbat ni memang panjang, macam makan tauhu sumbat. Mana ada sumbat timun macam tak nak bg jer kan. So ADIOS~