Friday, April 29, 2011

Bencana Alam di Puncak Alam

Hari ini hujan!!! Bangun pagi pukul 5 nak study, hujan turun mencurah-curah..hehe, macam karangan Bahasa Malaysia Tingkatan 3 pulak~.. Hujan turun dengan lebatnya, dan on the way nak pergi Exam, hujan masih belum berhenti.

Nasib baik naik kereta, kalau tak tak tahulah macam mana lencunnya. Kesian dengan kawan-kawan yang menduduki exam dalam keadaan yang lencun. Kenapalah tak telefon mintak tolong ambil kat rumah ker?? But the main issue here bila balik exam, this is what happened.

Tak jelas??? Ok, tengok gambar seterusnya :-

Banjir!!! Macam mana nak balik rumah(rumah sewa yer~)
Mana-mana kenderaan yang berani redah, hentikanlah niat anda. Konfem sangkut di tengah-tengah.
I was stuck for about 30 minutes, before ada kawan bagitahu jalan alternatif. Lega rasa, for now. But I'm going back to Cheras, sebab plan nak balik kampung. tak tahu boleh ke tak, sebab semua jalan-jalan di sekeliling banjir.

Jalan Econsave, ada kereta dah tenggelam.(Kebenaran agak kabur sikit).
Jalan Meru, banjir teruk. Kawan-kawan di Klang Sentral semua stuck sebab bas tak sampai
Jalan Sungai Buloh pun sama banjir.
Terkandaslah nampaknya di Puncak Alam. Semoga malam ini tidak hujan dan besok boleh balik!!!!

Harapan nak makan Mc D pun terkandas sebab ini:-

Maaf, kamera kecik, so gambar Mc D' tak dapat masuk, hehe. Tapi Mc D' memang lengang hari ni.

P/s: Paper final hari ini agak ok dari the first one. Insyaallah score~

Tuesday, April 26, 2011

Dah Berusaha, Tawakal~

Seperti sedia maklum, today is my 1st final paper. Out of all final examination, paper Financial Account menjadi penghulu segala paper. Sigh~.. Kepada semua pelajar yang mengambil subjek ACC418, I paham perasaan you all. Even star student, mengeluh apatah lagi yang tahi bintang ni,hehehe.

Ramai yang bertanyakan kenapa muka I happy~, jawapannya mudah je. Bukan I nak kata, I dapat jawab ok, tapi I rasa I dah berusaha, and now masa untuk bertawakal. Soalan memang susah, even I pun banyak yang tak boleh jawab, tapi I tak rasa usaha I sia-sia.

Banyak suara-suara kecewa yang I dengar, contohnya :-
"Menyesal setiap hari bangun awal-awal"
"Rugi rasa study, kalau tahu tidur jer"
"Ala, rileksla~..Paling kuat pun repeat!!"
Janganlah berterusan kecewa sebab banyak lagi paper untuk ditempuhi. Kuatkan semangat dan terus pandang kedepan. Yang sudah tu sudah~

Yang I highlight tu la yang I paling nak elakkan. I berdoa paling kurang pun lulusla, walaupun I mengharap yang lebih baik, sebab kalau tak pointer I akan jatuh, dan harapan nak dapat ANC(Anugerah Naib Canselor) akan musnah. Tapi apa-apapun, I berdoa yang terbaik dan semoga doa I akan dimakbulkan tuhan, Insyaallah...

Sama-samalah kita berdoa supaya tak jumpa lagi subjek ini!!!!!!

Saturday, April 23, 2011

Pihak Sekolah Sila Ambil Perhatian

Hari ini kita ilmiah sikit yer guys. Mengikut dari pemerhatian I yang hampir seminggu duduk di rumah, ada benda yang menyakitkan hati I. Rasanya dulu ada isu ini dibangkitkan di Parlimen,(parlimen tuuu~), tapi sekarang tengok tak ada hasil pun~

Macam itulah orang berjanji, bila nak kan sesuatu berjanji bagai nak rak, kalau boleh bulan bintang semua nak bagi. Tapi lepas itu, hampeh....Mesti ramai yang nak tahu, isu apa yang buat I bengang ni. Tak lain tak bukan, isu beg sekolah berat,hehe...Nampak mudah, tapi bila ada adik-adik kecil, anak-anak yang baru setahun jagung, bawak beg sebesar-besar alam, tak ker kita pelik??

Everyday since duduk rumah ni, I akan check my lil bro & sis punya beg. Even subjek itu ada dekat sekolah hari besok, I stil akan ambil mana-mana buku yang I rasa tak sesuai untuk dibawa. Biarlah adik I merengek cakap nanti cikgu marah, kalau kena marah memang siaplah cikgu tu. I taknak salahkan cikgu ker atau sesiapa sahaja, tapi I harap ada pihak yang prihatin.

Memangla pergi sekolah bawak buku dalam jadual, tapi kalau 1 hari ada 5 subjek, dan setiap satu subjek ada 3 buku,(Buku Teks, Buku Kerja, and Buku Tulis), cuba kira berapa banyak buku perlu dibawa. matematik anda ok lagi kan ker nak I tolong kira??..:P. Dekat Universiti pun takder sebanyak tu,  setakat buku-buku tebal yerla. Subjek pulak paling kuat 2/3 subjek. Kalau jadual packed pun tak adalah hari-hari. Ini kalau tengok jadual budak-budak sekolah ni, menangis rasa.

Jadi untuk mengambil inisiatif, I akan pergi sekolah untuk next meeting PIBG. Walaupun I hanya abang, but I think I need to say something, Sebab orang lain macam tak ambil pusing pun~. Even my mom pun dah pernah cakap dekat sekolah, tapi nothing. Pihak sekolah kata based on kurikulum, aah,yerla tu.

  Ini belum timbang atas penimbang tepung lagi ni...

Sementara I ada dekat rumah ni, memang I hantar sampai pintu kelas. Kesian punya pasal~

P/s: senang-senang tukar jer Ipad, tak pun E-book.. Malaysia pun boleh jadi negara Maju, adik I pun tak sakit belakang!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...