Wednesday, April 20, 2011

Ini Bukan Politik!!

Sebelum kontroversi melanda, baik bagitau awal-awal yer dak. Taknakla nanti timbul isu I berpolitik pulak. Salam semua, hehe..Seperti yang dijanjikan, I akan mula me-review buku-buku baru untuk
ABC(Afsar Book Club), dan buku yang terpilih dalam jangka masa 2 minggu ini ialah buku terbaru biography mantan perdana menteri kita bertajuk "A Doctor In The House". Takder kena mengena dengan mana-mana parti ek, kenapa I pilih buku ni,hahaha

Buku ni I dah lama beli, tapi belum sempat lagi nak membelek. So far from review yang I dapat, not bad la. Macam biasala, ada yang suka, ada yang tak. But selalu berpegang pada kata-kata ini "Don't Judge A book By Its Cover", sebab I pun penah terkena, tapi nantila kita cerita di post lain. Jadi nasihat I, kita baca dulu sbelum buat any conclusion.

Owh, sebelum terlupa, harga buku ni standardize. Kat mana-mana semua sama, RM100. Sebenarnya ini hadiah from my dad. Jadi kalau boleh nak lah gunakan sebaik mungkin. Buku ini terbitan MPH, tapi kat MPH pun harga sama. Jangan ada yang memandai kata lebih murah. Sila jangan bagi information palsu yer kawan-kawan.hehehe.

Insyaallah, 2 minggu dari sekarang I review, eventhough time tu masih dalam final exam. Saja nak menunjukkan betapa gigihnya I, demi rasa kasih dan sayang dekat semua followers dan jugak yang blogwalking. (Dan-dan touching.:P)

 Gigihla nak menghabiskan berapa ratus muka surat ni..hehe


Afsar Book Club(ABC): Kembalikan minat membaca

Sejak munculnya blog, banyak pattern of blog yang I tengok. Tapi dapat dirumuskan 70% adalah blog peribadi, termasuklah AfsarOthman. Jadi, timbul pulak idea nak buat satu inisiatif, yerla sejak menjadi salah seorang rakyat prihatin ni,:P...Apa kata, kita buat satu bookclub ala,ala Oprah.Boleh?? Gurau jerla. Tapi memandangkan I sendiri pun dah semakin hilang minat membaca, I think kena buat sesuatu la.

Sebab mengikut kata-kata keturunan belah mak I,(hehe), I ni memang rajin membaca. Tak semestinya buku-buku ilmiah, tapi yang penting masih didalam batas-batas normal. If you know what I mean. Sekarang pun kalau kita tengok, kurang budaya membaca di kalangan generasi muda.(Dah keluar dah sifat terpendam). Budak-budak, even my lil bro and sis pun banyak habiskan masa main PSP, tengok youtube, tak taula apa nak jadi.

Dan kalau I, yang lelaki ni, baca buku, especially novel, written by Nicholas Sparks, Tony Parson, orang akan cakap, "Eh, ko baca buku-buku macam ni??"...Kenapa? Tak boleh ker? Bukan buku ni semua ditulis untuk dibaca? Dulu time kerja popular, selalu tengok anak-anak cina akan berebut beli buku-buku baru macam Twilight series, Cecilia Ahern, macam-macam lagi la. Anak melayu, lalu jer sambil ke panggung wayang. Isk~
Jadi sebagai rakyat yang perihatin, sekali lagi I nak tegaskan, jom lah kita kembalikan budaya membaca di kalangan anak-anak, adik-adik, dan golongan muda-mudi kini. Sebab kalau tengok, projek nilam kat sekolah pun bukan betul sangat, budak-budak ni berlumba-lumba tulis sebanyak buku, sebab nak menang hadiah. I tau, sebab i pun buat macam tu jugak dulu~

I plan nak review satu bahan bacaan dalam 2 minggu, so kalau ada apa-apa cadangan, kita kongsi sama-sama. Tak kisahla buku, magazine, anything as long benda tu adalah bahan bacaan. Semoga rancangan ini berjaya, insyaallah~

Part of my collectionzz~

Yang sempat kemas~



Yang tak sempat kemas, selebihnya dalam kotak, even buku-buku/ magazines baru. MALAS!!,hehe

Maaf, lama tak kemas rak,hehe.BTW, yang sebelah kanan bawah tu, ialah koleksi komik-komik full sets, warisan dari sepupu I. Macam-macam ada. Tu pun baru sikit.

p/s: I tak bawakla the whole picture of my libraby, ni pun main snap-snap jer. Semoga gambar-gambar ni boleh menimbulkan sikit minat. takda niat lain pun,ikhlas semata-mata~

Tuesday, April 19, 2011

Drama Terbaik, Boleh Kaut 40 Juta.

Mengenang kembali kenyataan DR. ROZMEY, terus dapat inspirasi untuk menghasilkan satu drama seram. Manalah tau, kut-kut boleh ganti bukan sahaja DR., tapi Prof A. yang slalu menghasilkan filem seram tu~. Enough mengata ok, i pergi tengok kut 1st filem dia yang title MISTIK tu. Itulah first time rasa membazir sangat tengok wayang cerita melayu.hehe

Tapi itu dulu, sekarang sejak berjinak-jinak dengan dunia pengambaran ni(cheewahhh), baru i tau perasan seorang pembikin filem/drama. Memang tak mudah, mana nak fikir skrip lagi, select pelakon lagi, technical support tak kira lagi. Ada bunyi macam pengarah tak??hahaha. Ok, dah puas bergurau, let's be serious..:P

Actually, i bukan dalam bidang pengarahan pun, ni ha, sebab nak siapkan projek drama mandarin ni. Kalau budak-budak UiTM yang amik subjek ke-3, dorang taula. Orang lain shooting hari cerah, I ngan member-member shooting tengah malam. Ish, memang tak elok untuk anak-anak dara. Tapi nak buat macam mana, sebab cerita ni, lain dari yang lain. Orang lain sibuk buat cerita kelakar, We ollz, try buat cerita hantu.

Seram atau tak, terpulang pada penilaian masing-masing, cuma kalau tak best, tak rugi pun sebab satu sen duit you ollz, I tak amik. Cuma kalau ada apa-apa untuk di-improve untuk next mandarin project, jangan segan-segan share yer, kita sama-sama belajar.

Di lokasi pengambaran, SERAM~~


Credit to lembaga ini. Tak plan pun nak amik jadi extra.

Sesi perbincangan bersama pelakon, tengokla betapa gelapnya dunia~
 Jurumekap pun tempah khas ok,memang bukan calang-calang.

Hasilnya!!!

Maaf,lembaga ni sakit kaki. Tu yang pakai selipar. Ini lembaga 2,lembaga 1 balik study.

Mana tau lepas ni boleh ganti CST PRODUCTION pulak~~

Sekali lagi, sebelum anda menonton please bare in mind this 3 things:
1) Kami bukan pelakon hebat, sekadar picisan
2) Ini drama mandarin, so sebutan paham-paham jerla.
3) Ini bukan drama profesional, hanya drama projek Bahasa Ke-3
4) Sorry subtitle melayu lupa nak masukkan!!!

P/s: Ibu mengandung, penghidap strok, kami merayu, tolonglah jangan tengok,:P

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...