Wednesday, July 25, 2012

Trip Budak Event (TRIBE) - Singapore

Assalamualaikum. Saper Rindu? Saper Rindu? Cepat Follow Twitter.. Eh?? Motip sangat kan nak tambah followers. Hiiihi. Finally masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Entry terbaru selepas last entry bulan Februari 2012. 

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, I just want to apologized to all my readers. Kadang2 tulah manusia, "berjanji bagai nak rak tapi gerak pun tak". I've been busy (statement retis) kikikiki. With all the final exams, classes, projects, dari 1 bulan ke 1 bulan lama-lama bertangguh. Sifat malas pun bermaharajalela. 

So bersempena bulan Ramadhan dan Kemerdekaan (1 Malaysia Janji Ditepati) I pun menepatilah janji I nak update. Hehe. This gonna be a long post so please bare with me ya. Ceritanya camni...

On our last mid semester break, which is on June kitorang gather2 la nak pergi bercuti. Bunyi cam gempak gempita kan, kitorang konon. Tapi sebenarnya we olls bertiga., my 2 girlfriends and I (grammar kena betul dik) hihihi. Pikir punya pikir punya pikir, we decided Singapore might be the best place to go to chill. Ewahh kemain chill sampai ke Kota Singa. Yerla cuti pun seminggu je. 

Penatla citer pepanjang ni, I share pics jer boleh tak? hahaha. Tapi harap maklong la, #Instagram tak wujud lagi dalam vocabulary I. Kiter share gambar original je la ye. Takmau edit2 nanti tak ensem, wahh gittew~

Background Image : Marina Bay Sands 

Saper Kata Singapore Bersih? Tu ada sampah kat bawah tu..hihi

My Super Duper BestFriends. LOVE them to Death!


FYI, a day before, one of myfriends got sick. So kita memasing support each other. Not because nak sangat berjalan tu kan (sebenarnya mmg ye) tapi to be able to travel with friends it just EPIC!. Lepas ni memasing akan ada life sendiri, and kita tak tau jodoh pertemuan hidup mati kita ni bile. So just celebrate the present while you still can. 

Ehhhhh....Belum habis lagila, hahaha. Sambunk di bawah :

There was 1 incident. Makan punya makan, sakit perut..Apa lagi cari toilet la. I know public toilet singapore takda paip. Ya takde paip. (Untuk yg tak tahu mohon jgn terkejut). Please jangan pikir camne mereka2 ni membasuh, sebab ia sangat JIJIK!! hahah. But again, ingat bersih sangatla ...

Saper dapat cari Paip, I bagi keychain Universal Studio. haha~

Bila I tengok camni, sumpah rasa nak buang air kecil semua ilang. I rasa air kecil yang keluar tu, masuk masuk balik dalam pundi-pundi kencing I....

Bukan Sekadar Gambar Hiasan. Memang I pergi Solat dekat sini. :)

Masjid Sultan from the outside.

But 1 thing yang I suka pasal masjid ni, ia dijadikan some sort like museum. Tourist boleh masuk, then ada pameran2/gallery2 solat. Pameran2 tu yg akan memberi info tentang kebaikan solat. Konsepnya adalah memeberi kebebasan ilmu pengetahuan tentang agama2 lain. Malaysia should do something. Patut Masjid Shah Alam tu boleh buat macam gallery. Kawasan solat tetap kawasan solat, tapi ada ruangan khas utk penyebaran ilmu pengetahuan.

Don't get too excited people!! Tak masuk pun due to time constraint. Janji dah sampai kan.


Highlights for our one day trip is Song Of The Sea. Its a water musical show. Sangat Hebat, Awesome, dan segala ayat2 kebaboom yang wujud dalam dictionary wakakaka. Highly Recommended untuk semua yg nak datang ke Singapore.

Maaf gambar tak berkualiti. Ada video sebenarnya tapi terlalu lama. So guys, you can check youtube perhaps.



Tell the truth,  I bukan nak share sangat pasal Singapore, tapi the precious moment yang I spend dengan kawan-kawan. I love them so much regardless lelaki atau perempuan. Selagi mereka kawan I selagi itulah I menyayangi mereka. Sempena Bulan Ramadhan yang barakah ni, sedikit tazkirah Ramadhan untuk anda:

"Kamu belum benar-benar beriman selagi kamu tidak mengasihani saudara kamu sendiri, seperti kamu menyayangi diri kamu sendiri"

P/s: I takbuat entry sumbat sebab rasa bersalah yang menebal tapi entry sumbat sebelum ni boleh klik kalau nak baca Entry Sumbat 1 atau Entry Sumbat 2 & untuk entry-entry lepas tentang (TRIBE) klik la sini. Alaa klik la, alang2 dah bukak kan :P Klik Sini Karambunai 





Monday, February 13, 2012

Sorotan 2011 (Part - 1)

Eh!!! Jangan Lariii, you guys tak salah entry, tajuk pun betul 2011..I know, I know it's been 2012 already but keep on reading, then you'll know~

Salam 1 Malaysia, Salam 1 Dunia!!! (Bajet blog dah sampai status International, hehe). Helloooo, sebanyak mana anda merindui saya, sebanyak itulah saya merindui anda, hehe. I'm so happy to be back eventhough I never been out from Malaysia, huhuhu. First of all, this gonna be a very long entry since it's been ages since my last post.

2011 ada banyak kisah, but since I stop writing around November 2011, so kiter sambung from there ok. (Teruskan meng-Scroll kebawah).
Pertamanya, kepada 850 Followers, I'm sorryyy begitu juga kepada Silent Readers, kawan2, & sahabat handai. Dalam hidup ni kita hanya mampu merancang, tapi hanya Allah yang menentukan. Percayalah~

Life's has been good for me around November when I've been selected to be part of "Green Event Management Convention 2011". It's been a great opportunity to be in the team and to be able to learn so much. Kudos Pawana Event~

I paling suka baju korporat tu. Dahla free, santekkk!!!

Tapi yang paling best bila I sekali lagi menerima Anugerah Dekan untuk kesekian kalinya. Terasa nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan. Lepas Allah bagi satunikmat, dia tambah lagi nikmat seterusnya~
"I feel blessed and I would just like to share this with my family, friends and lecturers who always be there for me. I will keep on working hard because this is not the end, there's so much to be accomplish, Pray For me"
Perghh!! Bajet Grammy sangat, hehe..Maklumla ter-inspire tengok Adele menang 6 Grammy sekaligus huhu~


*PENGSANNN,  Mak Jemah pun tutup muka dengan tudung saji kalau pakai.
Anyway thanks Faculty untuk present ni, pen  and a lot more.
Cuma next time kalau dapat duit pun best gak, hehe~
Sorry, gambar xclear tapi takperla bukannya hensem punn, kikikiki~

Tapi ibarat kata pepatah "Panas tak sampai ke petang, bila hujan ditengahhari" (Betul ke ni? Taram jerla) Macam tu lah jugak hidup I bila 2 days after that, I ditimpa kemalangan. Terasa dunia ni gelap, hancur hati I bila diuji Allah.

 Mood Blogging hilang sebab ni la, I lost interest in writing, 
Maybe sebab trauma kut, hehe ~

Tapi tulah manusia, bila diuji kita rasa macam "Thats the end of the world". Dan kadang2 I menyalahkan takdir sepanjang berbulan menantikan kenderaan ni siap. Dan of coursela I kena marah ngan mama sebab bercakap macam orang takda Agama. I tak bersyukur dengan nyawa yang masih dipanjangkan. Jangan ikut jejak I, dan percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya. I sekali lagi bersyukur kerana dapat merasai hikmah-hikmah itu :

1) Sejak dari bermula accident, housemates I terus membantu menguruskan segala-segala start dari Report polis sehingga seterusnya since I waktu tu dah trauma.

2) Housemate I bersungguh-sungguh menumpang dan menjemput I dari kelas, ke kelas. Ada yg sanggup bagi kunci kereta suruh I bawak pergi kelas~

3) Classmates I ada yang marah kalau I balik naik bus sebab maklumla kdg2 seganla nak tumpang kete dorang. So pagi2 ada yg akan kol tanya jika I nak menumpang~

4) Faculty-Mates pun selalu telefon nak ajak I keluar makan, tumpangkan g kelas bila Kereta I masih di bengkel.

"Housemates,Classmates, Faculty-Mates" hanyalah kategori, hakikatnya korang semua I memang dah anggap sahabat I dunia akhirat. Bila I susah, I tak rasa susah in fact dimanjakan lagi. Kalau orang cakap kawan senang , memang senang nak cari & kawan dimasa susah memang susah nak cari, bagi I peribahasa tu silap sebab I have both. I sangat-sangat bersyukur

Korang maybe taktau, tapi everyday dalam solat I akan mendoakan semua semoga kita tak akan terputus ikatan sehingga ke akhirnya. Special thanks jugak untuk Mama, Ayah & adik2, You are my Pillar of Strength  LOVE, LOVE, LOVE you guys soooo MUCH!!!!!

P/s: Jangan terkejut, Insan yg terlibat sama dengan accident tu pun dah jadi kawan I..hehehe. Sometimes, Allah mempertemukan kita dengan cara yg Horrible dan paling tak disangka-sangka. Nantikan part seterusnya bila I membawa hati yang lara. Nak tau kemana?? Stay Tuned, wakakakaka!!!

 

Tuesday, November 8, 2011

"Meriahnya Segmen 11.11.11"




The reason ecehhh, cakap omputih pulak. The reason kenapa I pilih entry ni sebagai yang TERBAIK antara yang lain-lain sebab I konfius, Eh?? hehehe. Ekceli ada a few entries yang bermain di fikiran, tetapi this are the reason why Entry Sumbat came as No. 1 :

  1. Inilah permulaan I sebagai pelopor Entry Sumbat. Tahu tak?? Tak tahu?? Boleh la klik link atas tu. I takderla nak letak Event kat FB "Please klik my link"
  2. I ada sertakan link Twitter kat situ. Entry lain I tak letak tau. Bertuah Entry Sumbat ni, wakakaka
  3. Apa yang I tulis di Entry Sumbat, that's ME!!. Entry-Entry lain ikut emosi, tapi everytime tulis Entry Sumbat happy semacam. Maybe sesi pertapaan I di Gunung Semanggol menjadi, hahaha~
  4. Lastly, Entry ni ada banyak part. So bolehla kalau yang rindu-rindu blog I, Bukan I ok!! hehe. Bolehla anda semua melawat part-part yang lain. Entry lain pun kena lawat jugak. Please :( ~

P/s: I taknakla berceloteh banyak, kang ada yang kata I ni mulut joreng pulak..Hahaha


"Keep On Smiling"

Saturday, October 29, 2011

Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!



Hey, It's Me guyss : AfsarOthman.Bs.C @ Faris Syazwan
 
I never consider myself as cute, tapi bolehlah kan.. Betul tak?? :P
Dah, takyah nak muntah-muntah, I sedar diri..hihi

Pada 29/10/2011, Blog AfsarOthman.Bs.C ada menerima sewarkah email dari Pemiliknya, ha?? Camner tu?? Jadi hari ini, email itu akan dikongsikan kepada semua pembaca.Email itu dimulakan dengan Bismillahirrahmannirrahim :

 "Ikan Bawal Ikan Sardin
Siapa Eazy Izzuddin"

Kehadapan Followers AfsarOthman.Bs.C,

Maafkan kekanda jika buat masa ini kekanda tidak lagi berupdate entry, Ini kerana kekanda ingin memberi laluan kepada entry ini sebelum memberi tumpuan pada yang lain, :p . Pada tanggal 26/8 kekanda telah menerima satu jemputan bersama blogger di Pavillion Kuala Selangor. Ha, jangan ingat KL jer ada Pavillion, kawasan Parlimen N18 Kuala Selangor pun ada tau. Tapi takla besar macam kat KL, kat sini tempat dier mula-mula huruf M pastu ada jual burger nugget, ayam. Tak silap ada jual CheeseBurger bagai, hahaha

Enough bout that, tapi mula-mula masuk Pavi (Pavi konon) hati ni rasa lain macam. Tangan sejuk, lutut menggeletar, mulut terkumat-kamit, hehe. Macam tak percaya dengan mata penglihatan ini, Eazy?? Eazy Izzuddin?? What, Eazy Izzuddin?? YA AMPUNNN memang dia. Time ni rasa macam dah setel salah satu checklist dari 100 things to do before I die, kikiki.. Yerla Afsar, ko ni kalau bab2 exaggerate kemain lagi~

Followers,
Mungkin ramai dah tau, perangai gila-gila kekanda, kalau tak takkan ada kawan-kawan Blogger, Sekolah, Uni yang nak pelempang pakai 'lesung batu' dek lawak sengal yang selalu dibuat. Tapi bila berhadapan dengan Eazy Izzuddin semua tu harus dikawal, Mengapa?? Weishenme?? 
  1. Eazy adalah antara insan yang terlalu baik, ibarat Pijak Semut Tak Mati
  2. Pertuturannya terlalu terjaga, ibarat Sejuk Perut Ibu Mengandung
  3. Selalu tersenyum, sampai naik lenguhla tulang pipi pakcik ni
Biarlah semuanya dikawal, biarlah semuanya terkawal, moment-moment indah di sebalik pertemuan itu akan sentiasa menjadi antara kenangan manis ketika menjadi blogger, chewahh bajet macam tak berblog dah..wakakakaka

Akhir Kata Untuk Semua Followers,
Jika anda berpeluang bertemu dengan Eazy atau sesiapa sahaja blogger di tanah air, Ingatla ia ibarat satu dunia yang lain, kerana kebanyakkan mereka mempunyai sifat-sifat pelik tahap gaban yang akan membawa korang ke satu dimensi baru,lalalala~. Tapi 1st korang wajib jumpa Eazy dulu!!
                                                                                     Yang Benar,
                                                                                 AfsarOthman.Bs.C @ Faris Syazwan,
                                                                          (Pelopor Entry Sumbat & Entry Tribe di Blog)


P/s: Ini hanya pertemuan pertama, just a beginning. Lepas ni Eazy, jangan ko pun sama nak lempang aku ngan lesung batu, dek lawak-lawak sengal aku, wakakakaka









Sunday, October 16, 2011

Entry Sumbat - Part 3

Test 123, Test 123, OK, dah boleh mula.. Hai Koranggg!!! sexited sangat bila dapat kembali, kikiki. Kehilangan I macam biasa menjadi tanda tanya dalam Dunia Blogger, :P... Ingat Azwan Ali jer ke  boleh pun kontroversi,  Hahahaha. Salam Maaf, Salam 1 Malaysia, Salam 1 Cheras.

Biarlah kehilangan I menjadi misteri. Tapi takper, arini specially untuk semua I buat "Entry" yang paling mendapat sambutan di dunia Twitter iaitu #EntrySumbat. Blogger baru mungkin tak biasa, tapi takper, I citer sikit.
#Entry Sumbat bermaksud segala entry-entry yang merangkumi beberapa minggu tak update disumbatkan dalam satu entry. Paham tak?? Camner nak citer ek, haha. Pahamkan sendiri jerla, takpun boleh check twitter. Benda ni dah jadi #TrendingTopic, :P 


MINGGU SEBELUM HABIS SYAWAL
Normally I letak minggu berapa-berapa, tapi lamer tak update, ingatan pulak taknak samar-samar kan, so I letak jerla apa yang ingat. Sila jangan komplem ok. Kalau nak komplen sila ke ruangan komen, ewahhh~ 

Time ni busy dengan open house sebab tu tak berhupdate, bukan myhouse k, tapi classmates house. Kita yang jantan ni senah, kenalah turun dapur, takkan duk bergosip kat kedai kopi plak.. Eh, yang turun dapur ni selalu orang pompuan kan?? Konpius plak kawe..hihi

Gigih kan.. Ada ciri-ciri Top Chef tak, :P

 BTW, this is not my recipe. Tapi I tolong buat la. Cuba teka pebenda ni?

 Ini pun I buat, resepi turun dari ladang ok. Patutla takder masa nak Update..
Eh?? ada kena mengena ke??

 Ini bukan propa k. Tak caya nanti try salam I. 
Jangan terkejut kalau tangan I lagi kasar dari kertas pasir~

Sejuk hati tgk hasil masing2. Ada ketupat & kuah kacang, mee hoon sup, sandwiches, Fries
Thanks jugak yang bawak buah tangan~
Geng Jejanzz. Time kenduri ni, dekat 50 orang dalam umah at one time.
Bayangkan!!!


Geng Gegurlzz, tapi minus I la ok, jgn duk campur skali sudah~


MINGGU AWAL OKTOBER

Since dah naik belajar ni, I punya jadual macam biasala, Penuh!! Dengan nak handle jadual lagi, studynya, time jimba-jimba dengan kawan-kawan, semua tu kena amik kira tau, nanti tak produktif pulak kalau asik ngadap buku jer, hihihi. Adik-adik sila jangan ikut advise ini.

Tapi yang paling best, bila masa I terpaksa dihadapkan dengan preparation Junior's Night. Anyway, I tak berapa nak Junior la, but then, it's some sort like traditional event la untuk budak-budak Event Management. Time ni la nak cari AWEK, :P. Seronok you'allz leh kenal junior-junior baru dan maintain relationship ngan senior-senior.. DUHHHH~~

Tema untuk semester ni RETRO pulak. So aperlagi, berAGO-GO la masing-masing .

 Ala-ala gangster kampung Pisang tak??kikikiki

 One of my good friend. Cik Jemah sgt outfit dier, I LIKE!!!

 Antara gambar hangat yang diperkatakan di FB!!. I tak main-main la, g check FB I~

 One of my favourite performance

Overall, it's not a bad show after all. Biasalah ada kurang sana sini, tapi benda dah jadi, tapi I rasa sangat terkilan bila bayar RM3.50, tapi makanan basi, terasa duit titik peluh ayah I dibazirkan bak air sungai yang mengalir. Insyaallah, it's our group turn next semester. Doakan team I menang bid proposal nanti ok.

 
MINGGU TENGAH OKTOBER

Recently, I berpeluang menonton filem terbaru Rosyam Nor. Mula-mula tu hati berat jugak la, sebab I memang agak skeptikal bila tengok citer melayu. Dahla hati ni tak tenang, sebab ingat besoknya ada test, so I gagahkan la jugak tengok citer LIBAS!!! Lagipun FREE~

Tapi half of the movie, I tidur jer.. Gigih tidur sampai ternganga-nganga bagai. Rasanya tak perlula nak cerita lebih lanjut, malu nak cerita. Overall, I sendiri pun tak tau dekat maner patut I rate citer ni. Anggap jerla cerita ni macam tak wujud, kejam kan..Macam tu la kejamnya bila I kena tengok citer ni dalam keadaan lapar, ngantuk, dan risau.
Abang Rosyam sibuk duk sebut kekuatan orang lelaki dan perempuan, tapi cerita dier ni takder kekuatan langung, Apa kes??



Pakai Handphone, of kos la tak samer macam pakai DSLR

Memetik kata-kata Abang Rosyam, ewahh.. Sejak biler ntah dier kawin ngan akak aku pun aku tak tau. Rosyam Nor cakap, tapi terima ngan hati tebuka yer :
" Kaum Wanita lebih kuat, sebab kendong susu tak tumpah "
   " Kaum lelaki juga kuat, sebab kepit telur tak pecah " 

P/S: I tak tau aper motip dier cakap macam tu, tapi yang penting, dua-dua kuatla..hehe. EntrySumbat ni memang panjang, macam makan tauhu sumbat. Mana ada sumbat timun macam tak nak bg jer kan. So ADIOS~

Monday, September 5, 2011

Salam Perantauan Aidilfitri

Haaa, jangan kata lambat wish. Raya baru masuk minggu ke-2 so kira awal lagi la ni. Rata-rata, puasa 6 pun belum start lagi kan. Maklumlah hidup student macam I, busy memanjang. Raya pun macam tak Raya, #bajet. Kalau makan ketupat rendang, ingat-ingatlah mereka yang berada nunnn jauh di seberang laut. Tahun ni ada yang tak dapat balik beraya, kesian~

Jadi dikesempatan ini saya,

Ahmad Faris Syazwan Pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Event Management University of Manchester ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan kawasan perumahan, rakan-rakan SK BTHO, SM Sains Selangor, UTM, Bloggers, Followers, Silent Readers, Blogwalkers, Twitters, Octoves, dan akhir sekali UiTM. Jika ada salah dan silap, terkasar bahasa. Buat-buatlah lupa. Hahahaha.. Mintak maaf la wei, 0-0 semuanya, termasukla hutang skali, boleh???kikikikiki

 Sila abaikan muka bibik dibelakang itu. Angin sebab banyak pinggan nak kena basuh kut..hahaha

Amacam, best tak salam perantauan aku?? Bukan senang nak buat salam perantauan ni, sekali sekala baru dapat peluang..hahaha. Dah2 bulan-bulan baik ni, tak baik menipu. So abaikan salam perantauan aku yang bajet oversea tu, padahal domestik jer, nama pun UiTM, kikikikiki

Tahun ni theme kaler Merah MakNgah. Takda ikut saper-saper, citarasa sendiri. Cumanya kaler Merah yang diingini tu tak dapat, sebab habis stock. Satu KL tu mencari. Jadinya, tahun depan sebelum puasa aku g tempah Baju Melayu, Qada' yang tahun ni punya. Yang ni beli ready made punya, itupun saiz dah abis, terpaksala oter apa yang patut.

Raya macam biasa, Kuala Lumpur. Sebab ayah orang sini. jangan kata tak meriah. Korang yang tak pernah raya KL meh sini. Konfem taknak balik kampung,hehehe. Tambah pulak Atuk, Nenek, Adik beradik Nenek, Anak-anak adik beradik nenek, adik beradik ayah, anak-anak adik beradik ayah @ sepupu, semuanya sekitar Lembah Kelang, maner tak meriah!!!!!

Jangan terkejut, satu keturunan sepupu semua giler bergambar. Kalau ada yang kata aku giler enterframe, ader lagi yang giler2..wakakakakakak~

Cumanya tahun ni, sempat juga pulang ke Kampung sebelah mama di Segamat, Johor. Dapat juga menziarah pusara atuk & nenek.. Al-Fatihah~

Kalau ada yang masih belum pulang ke kampung, pulanglah..Bukan hari raya jer, bila-bila masa. Jangan menyesal di kemudian hari~

Btw, 2nd hari raya pergi main boling dengan cousin yang disayangi, dan 3rd hari raya, all 8 of us dah melepak dekat SanFrancisco Steakhouse KLCC. Love you Kakaks, and Abangs!!!!

Thanks Abang Nik, Yummeah~~~~

 Thanks Kak Che Ju..Sedapnyerrrr~


Bukan main seronok adik-adik, biler Kak Che'Anne Belanja toys..hahahaha
  
P/S: Thanks Kak Cheju & Abang Nik, Kak Che Anne, Kak Ikin, Elyna, Haziq, Ayum, Ariana, Arisa..It just that Abang Boboy sorang jer missing. But today he's coming back from Japan, yeay!!!!
Love you guys Soo Much~

P/S: Echa, Heri, Ijat, Iwan, Kak Anis & Abg Faizal, Kak Fiza, Aliya, Mukhsin just to name few, maklumlah sepupu ramai sgt hahahahaha, tahun depan shoot raya dekat tepi tasik pulak.Raya tahun ni paling best!!!!.wakakakakakaa



Monday, August 15, 2011

Entry Sumbat - Part 2

Salam ke-15 Ramadhan guys.. Dah hari ke-15 maknanya nak almost 3 weeks tak update. Macam biasalah janji I, kalau tak update maksudnya I buat Entry Sumbat. Senangkan!! Bagi yang tak biasa dengan Entry Sumbat anda bolehlah Klik Sini. Tapi nak citer sikitla, supaya takderla yang blur ataupun bertanya. Letik pokcik nak, kalau nak menjawab 20 soklan yang sama. Bulan-bulan ramadhan ni, kena kurang-kurangkan bercakap..Ewahhh~


Entry Sumbat bermaksud segala entry-entry yang merangkumi beberapa minggu tak update disumbatkan dalam satu entry. Paham tak?? Camner nak citer ek, haha. Pahamkan sendiri jerla, takpun boleh check twitter. Benda ni dah jadi #TrendingTopic, :P


MINGGU #1

Mula-mula ingat nak buat tajuk entry Rezeki Ramadhan, tapi memandangkan benda yang nak cerita ni datang sehari sebelum ramadhan, tak baik pulak menipu,kikikiki. On the 31st of July, dengan tidak semena-menanya, ayah I memberi hadiah. Memang tak semena-mena lah, sebab birthday pun bukan, nak kata tolong basuh kete pun bukan sebab selalu antar kedai. Pelik betul dapat hadiah.

Tapi Ayah dah hulur takkan nak tolak. Orang memberi, 1000x berbesar hati I terima. Giler nak tolak sebab hadiah dier, jeng,jeng,jeng!!!! :
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ipad 2!!! I hanya nak berkongsi kegembiraan. Boleh??

Ada kisah kenapa I got this from him. Tapi kalau I citer ni, janganlah kata riak pulak. Kurang pulak pahala puasa nanti. Ini kisah motivasi I, setiap orang pasti ada cara nak memotivasikan diri kan.. :) . I ada buat deal dengan parents, esp my dad. Every semester, kalau dapat kekalkan keputusan exam, I dapat ganjaran. I study hard untuk diri sendiri dan family, bukan nak dapat ganjaran.

Tapi Ayah anggap ini sebagai insentif untuk I lebih berusaha setiap semester. Tapi biler I dapat DL every semester, taklah dapat hadiah every semester. Giler!!! Cumanya every bukak sem, Ayah adalah tanya sem ni nak apa kalau achieve target. So I bagitaulah apa yang I nak, kalau ada I cakaplah hehe. Macam 2 sem lepas, I nak sangat kamera DSLR, I sebutlah..haha

Then biler dah dapat result, I senyap jerla, tapi ayah pulak yang akan tanya "biler nak beli-biler nak beli". I takderla memaksa cakap "nak arini jugak" :P. Tapi in the meantime, I survey2 la jugak, tapi I buat sendirila :P yerla, taknakla menyesal biler dah beli..

Lain orang lain cara kan.. Ada pulak tu, biler ada awek result bukan main cantik lagi. Yerla, malu la dengan awek kalau result suam-suam kuku kan. Tapi untuk I,  I letakkan sesuatu dihadapan, bukan bermakna materialistik yer. Lagi satu, bukan I jer, semua adik-beradik yang lain Ayah buat macam tu. Kang ader yang kata pulak I ni "ditatang macam minyak yang penuh pulak" hahahaha.
Sedap pulak main tolak-tolak ni, wakakakaka.
Tapi apa-apapun nak berterima kasih jugak dekat Yusof Firdaus yang sudi melayan segala pertanyaan I. hari I akan bother dier dengan soklan2 mengarut tapi bro ni memang chill la!! Relax jer jawab sumer soklan.hehe. I taknak la citer pasal spec Ipad 2 ni. Sebab bagi I semua bagus, sbab I dah survey betul-betul. Tapi bagi yang konfius atau dalam dilema antara Ipad 2 VS Blackberry Playbook sila tanya yang lebih arif ok..hehe


MINGGU #2

Minggu  ni agak sibuk sikit dengan aktiviti mengemas rumah. Pelik jugak kan, kenapa every bulan puasa baru nak mengemas?? Punya banyakla bulan-bulan lain, tapi bulan ramadhan jugak jadi pilihan. Kalau bijak sila jawab soklan diatas ni didalam ruangan komen ok.

I rangkumkan jerla aktiviti mengemas ni dalam gambar, bak kata peribahasa "A picture worth a thousand words" Tapi perlu diingatkan, gambar-gambar di bawah terlalu explicit. Takut mengurangkan pahala puasa anda, kikikiki. Lagi satu, bibik cuti tapitaktaula naper, ura-ura kata pergi buat biometrik. Takut tak dapat balik Indon katanya~

Nampak tak kotak Acer dengan Kotak Scanner diujung tu?? Diingatkan kotak-kotak ni sudah berusia hampir 8 tahun. National Treasure sangat kan. Hahahahaha

Untuk pengetahuan, insan-insan dalam rumah ni smua penyayang. Sebab tu biler membeli jangan kata kotak, manual guide pun nak simpan. Tapi bersusun ok. Jangan ada yang kata rumah I macam tongkang pecah pulak. Raya nanti datang, I buat open house.

Tengoklah.. padahal tiap-tiap tahun ada kasut baru. Tapi bila membeli, yang lama pun simpan jugak. Sampai luntur kaler, bayangkanlah, sayang punya pasal.
 Astro start tahun biler?? Selama beroperasi, selama tulah kotak astro tu disimpan. Tak salah kan sesiapa pun. Sebab biler membeli, kotak-kotak ni semua disimpan elok didalam stor. Disusun cantik tak hengat. So masing-masing pun luper.

Ini baru peralatan, belum pakaian lagi. Itu jangan citerlah. Tiap-tiap tahun masing-masing membeli, tapi tak semua pakai. Elok jer trsusun dalam plastik. Every year kuantiti betambah tak pernah pulak berkurang. So minggu lepas, semua dah dikeluarkan dan disedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Yerla bulan-bulan ramadhan ni, eloklah buat amal.

Tapi nak sedekah, biarlah yang elok-elok, jangan yang koyak-koyak pun ko pergi tibai bagi. Kejam tuh!! Tapi kalau buat garage sale konfem untung, boleh beli Ipad 2 berganda-ganda, wakaakakaka. Lagi satu asingkan mana sampah dengan mana yang terpakai.. Kesian yang angkut smpah tu nanti nak asingkan~

Nak jadikan cerita, tengah-tengah mengemas, akhirnya jumpa rezeki. Rezeki Ramadhan katakan. Disebalik kotak-kotak kasut dibawah, ada yang berisi dan ada yang tidak, I terjumpa ini !!!! : 

Kotak kaler oren yang kat bawah skali tu?? Nampak tak??? Takper-takper I bagi gambar lain.

Kotak nilah.. kenapa ek?? Excited tak??? I yang first time nampak kotak ni dalam beberapa tahun pun excited..hehehe


Model Nike Air ni mungkin dah berkurun, tapi I excited sebab kasut ni tahun 2006, I beli dekat kedai Lillywhite Swindon, London. Ingat lagi, sebab time beli tu kedai nak tutup, so main angkut jer~

Selama arini, patutla rasa rak kasut tu macam tak berseri jer. macam something missing, :P Rupanya tersimpan dalam stor. I tak pakai pun kasut ni, sebab size dier besar 1 size. Tapi I tetap akan simpan. Ha!!! tengoklah macam manerlah isi dalam rumah tak antik. Tak pakai, tapi simpan jer, sampailah biler I kemas rumah next 10 years.
 

P/s: Penat menaip, so bacalah yer. Untuk melepaskan rindu kawan-kawan for the next 2 weeks.. I sekarang main entry sumbat jer. Save sikit entry..hahahaha

Tuesday, July 26, 2011

Entry Sumbat - Part 1

Haluuuu~..First of all lepas ni taknak berjanji lagi. Konon-konon paling lama tak update adalah 2 minggu. Tapi kalau korang perasan, almost 3 weeks I didn't update any entry, even a short one. So for today, I've decided to cut everything short into 1 entry. Sebab itu, dengan bangganya I promote Entry Sumbat, kikikiki. Manalah tau kut-kut lepas ni boleh jadi #TrendingTopic worldwide, takker bangga Cik Senah~

Tanpa berlengah, I akan rangkumkan segala aktiviti-aktiviti sepanjang kehilangan I sejak 3 minggu.

MINGGU #1

I was at my aunt's house for my second niece Cukur Jambul. Kejap je dah 2 anak buah sebelah mama. Everything was perfect. Sekarang I dah jadi Uncle agak-agak nak panggil Uncle aper??
Uncle Ash/Uncle Is/Uncle Mat. Sekarang You'allz boleh bagi pendapat. Sorrilah tak mampu nak buat Giveaway Nama Uncle Terbaik, hehehe..Alang-alang nak puasa ni, anggap jer la korang sedekah Idea, :)


Sejak tengok color Purple buaian ni, I've decided to have Purple Baju Melayu. 
Korang bagaimana??Ewahh, bajet ader orang jawab,kikikiki

Alahai manja Uncle, dah besar nanti sure lawa macam mak dier

Ok tak shot ni? Saja letak, nak test respon peminat.. :P
Sejak guna DSLR, banyak benda I belajar~
MINGGU #2

This is the toughest week. I'm busy preparing my Piano Exam. Giler Kentang ah. I dah lamer stop main piano, so now adik-adik yang continue. But then cuti semester lamer sangat, so I've decided to take exam. Tapi yang bestnya, during exam day, I yang lebih nervous dari diorang. Pelik jugak tengok budak-budak ni bukan main rileks. Both my sister and brother ambil exam jugak.

Biler I tanya, dengan selambanya my sister cakap " Tak nervous pun, this is not my first time. Dah biasalah" . Ewahh budak ni, bukan main lagi. BTW, exam piano ni under Associated Board Of Royals Schools Of Music (ABRSM). This time around the exam was held at Prince Hotel Kuala Lumpur. Result keluar around August. Harap-harap Invigilator Mat Salleh tu bagilah lulus, aminnn.


My sister is much higher grade then I am. I banyak tertangguh, sebab malas.

This is his first time. Tapi bila sampai, dia tak risau nak exam.
Yang dia risau, tak dapat tengok SpongeBob, Grrrr

MINGGU #3
 
Minggu ni paling crucial!! Sebab I mengikut jejak langkah Datuk Siti join Askar Wataniah. So I've been busy training. Hehehe. Ingat senang ke nak jadi askar? Training gila-gila punya. Tu lah, dulu PLKN tak dapat, kalau tak mesti dah biasa. Let's check it out my training dekat Camp :

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Amacam?? Terbaik tak?? Wakakaka~

Apa barang M-16, Sekarang ni I tengah berlatih pakai
Deploy CS-6 & Recon CS-6, :P

 Manerlah tau kut-kut I jadi Soldier of the Month, 
I suro dorang pampang gambar ni depan Magazine Maskulin, Boleh???
Budak-budak zaman sekarang maner main guli, konda-kondi. Adik-adik I naik basikal pun FAIL. Tapi I taknaklah ketinggalan bila diorang main benda alah ni. I pun tak tau wujud benda NERF ni. Sekarang I pulak yang over. Excited giler!!! NERF ni, macam-macam set ader, I ingat before sambung belajar balik I nak khatam semua koleksi,hehehehehe.

P/s: Sorrylah kalau I tak selalu update lagi. Next time kalau lamer sangat tak update, I buat je #EntrySumbat Part 2 ok? Tak sampai seminggu nak masuk bulan puasa, Semoga Ramadhan kali ni akan membawa 1001 keberkatan untuk semua. Kalau tak tahan sangat rindu, ehem2 add jerla TWITTER. Klik Sini Untuk Add

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...