Saturday, October 29, 2011

Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!



Hey, It's Me guyss : AfsarOthman.Bs.C @ Faris Syazwan
 
I never consider myself as cute, tapi bolehlah kan.. Betul tak?? :P
Dah, takyah nak muntah-muntah, I sedar diri..hihi

Pada 29/10/2011, Blog AfsarOthman.Bs.C ada menerima sewarkah email dari Pemiliknya, ha?? Camner tu?? Jadi hari ini, email itu akan dikongsikan kepada semua pembaca.Email itu dimulakan dengan Bismillahirrahmannirrahim :

 "Ikan Bawal Ikan Sardin
Siapa Eazy Izzuddin"

Kehadapan Followers AfsarOthman.Bs.C,

Maafkan kekanda jika buat masa ini kekanda tidak lagi berupdate entry, Ini kerana kekanda ingin memberi laluan kepada entry ini sebelum memberi tumpuan pada yang lain, :p . Pada tanggal 26/8 kekanda telah menerima satu jemputan bersama blogger di Pavillion Kuala Selangor. Ha, jangan ingat KL jer ada Pavillion, kawasan Parlimen N18 Kuala Selangor pun ada tau. Tapi takla besar macam kat KL, kat sini tempat dier mula-mula huruf M pastu ada jual burger nugget, ayam. Tak silap ada jual CheeseBurger bagai, hahaha

Enough bout that, tapi mula-mula masuk Pavi (Pavi konon) hati ni rasa lain macam. Tangan sejuk, lutut menggeletar, mulut terkumat-kamit, hehe. Macam tak percaya dengan mata penglihatan ini, Eazy?? Eazy Izzuddin?? What, Eazy Izzuddin?? YA AMPUNNN memang dia. Time ni rasa macam dah setel salah satu checklist dari 100 things to do before I die, kikiki.. Yerla Afsar, ko ni kalau bab2 exaggerate kemain lagi~

Followers,
Mungkin ramai dah tau, perangai gila-gila kekanda, kalau tak takkan ada kawan-kawan Blogger, Sekolah, Uni yang nak pelempang pakai 'lesung batu' dek lawak sengal yang selalu dibuat. Tapi bila berhadapan dengan Eazy Izzuddin semua tu harus dikawal, Mengapa?? Weishenme?? 
  1. Eazy adalah antara insan yang terlalu baik, ibarat Pijak Semut Tak Mati
  2. Pertuturannya terlalu terjaga, ibarat Sejuk Perut Ibu Mengandung
  3. Selalu tersenyum, sampai naik lenguhla tulang pipi pakcik ni
Biarlah semuanya dikawal, biarlah semuanya terkawal, moment-moment indah di sebalik pertemuan itu akan sentiasa menjadi antara kenangan manis ketika menjadi blogger, chewahh bajet macam tak berblog dah..wakakakaka

Akhir Kata Untuk Semua Followers,
Jika anda berpeluang bertemu dengan Eazy atau sesiapa sahaja blogger di tanah air, Ingatla ia ibarat satu dunia yang lain, kerana kebanyakkan mereka mempunyai sifat-sifat pelik tahap gaban yang akan membawa korang ke satu dimensi baru,lalalala~. Tapi 1st korang wajib jumpa Eazy dulu!!
                                                                                     Yang Benar,
                                                                                 AfsarOthman.Bs.C @ Faris Syazwan,
                                                                          (Pelopor Entry Sumbat & Entry Tribe di Blog)


P/s: Ini hanya pertemuan pertama, just a beginning. Lepas ni Eazy, jangan ko pun sama nak lempang aku ngan lesung batu, dek lawak-lawak sengal aku, wakakakaka









Sunday, October 16, 2011

Entry Sumbat - Part 3

Test 123, Test 123, OK, dah boleh mula.. Hai Koranggg!!! sexited sangat bila dapat kembali, kikiki. Kehilangan I macam biasa menjadi tanda tanya dalam Dunia Blogger, :P... Ingat Azwan Ali jer ke  boleh pun kontroversi,  Hahahaha. Salam Maaf, Salam 1 Malaysia, Salam 1 Cheras.

Biarlah kehilangan I menjadi misteri. Tapi takper, arini specially untuk semua I buat "Entry" yang paling mendapat sambutan di dunia Twitter iaitu #EntrySumbat. Blogger baru mungkin tak biasa, tapi takper, I citer sikit.
#Entry Sumbat bermaksud segala entry-entry yang merangkumi beberapa minggu tak update disumbatkan dalam satu entry. Paham tak?? Camner nak citer ek, haha. Pahamkan sendiri jerla, takpun boleh check twitter. Benda ni dah jadi #TrendingTopic, :P 


MINGGU SEBELUM HABIS SYAWAL
Normally I letak minggu berapa-berapa, tapi lamer tak update, ingatan pulak taknak samar-samar kan, so I letak jerla apa yang ingat. Sila jangan komplem ok. Kalau nak komplen sila ke ruangan komen, ewahhh~ 

Time ni busy dengan open house sebab tu tak berhupdate, bukan myhouse k, tapi classmates house. Kita yang jantan ni senah, kenalah turun dapur, takkan duk bergosip kat kedai kopi plak.. Eh, yang turun dapur ni selalu orang pompuan kan?? Konpius plak kawe..hihi

Gigih kan.. Ada ciri-ciri Top Chef tak, :P

 BTW, this is not my recipe. Tapi I tolong buat la. Cuba teka pebenda ni?

 Ini pun I buat, resepi turun dari ladang ok. Patutla takder masa nak Update..
Eh?? ada kena mengena ke??

 Ini bukan propa k. Tak caya nanti try salam I. 
Jangan terkejut kalau tangan I lagi kasar dari kertas pasir~

Sejuk hati tgk hasil masing2. Ada ketupat & kuah kacang, mee hoon sup, sandwiches, Fries
Thanks jugak yang bawak buah tangan~
Geng Jejanzz. Time kenduri ni, dekat 50 orang dalam umah at one time.
Bayangkan!!!


Geng Gegurlzz, tapi minus I la ok, jgn duk campur skali sudah~


MINGGU AWAL OKTOBER

Since dah naik belajar ni, I punya jadual macam biasala, Penuh!! Dengan nak handle jadual lagi, studynya, time jimba-jimba dengan kawan-kawan, semua tu kena amik kira tau, nanti tak produktif pulak kalau asik ngadap buku jer, hihihi. Adik-adik sila jangan ikut advise ini.

Tapi yang paling best, bila masa I terpaksa dihadapkan dengan preparation Junior's Night. Anyway, I tak berapa nak Junior la, but then, it's some sort like traditional event la untuk budak-budak Event Management. Time ni la nak cari AWEK, :P. Seronok you'allz leh kenal junior-junior baru dan maintain relationship ngan senior-senior.. DUHHHH~~

Tema untuk semester ni RETRO pulak. So aperlagi, berAGO-GO la masing-masing .

 Ala-ala gangster kampung Pisang tak??kikikiki

 One of my good friend. Cik Jemah sgt outfit dier, I LIKE!!!

 Antara gambar hangat yang diperkatakan di FB!!. I tak main-main la, g check FB I~

 One of my favourite performance

Overall, it's not a bad show after all. Biasalah ada kurang sana sini, tapi benda dah jadi, tapi I rasa sangat terkilan bila bayar RM3.50, tapi makanan basi, terasa duit titik peluh ayah I dibazirkan bak air sungai yang mengalir. Insyaallah, it's our group turn next semester. Doakan team I menang bid proposal nanti ok.

 
MINGGU TENGAH OKTOBER

Recently, I berpeluang menonton filem terbaru Rosyam Nor. Mula-mula tu hati berat jugak la, sebab I memang agak skeptikal bila tengok citer melayu. Dahla hati ni tak tenang, sebab ingat besoknya ada test, so I gagahkan la jugak tengok citer LIBAS!!! Lagipun FREE~

Tapi half of the movie, I tidur jer.. Gigih tidur sampai ternganga-nganga bagai. Rasanya tak perlula nak cerita lebih lanjut, malu nak cerita. Overall, I sendiri pun tak tau dekat maner patut I rate citer ni. Anggap jerla cerita ni macam tak wujud, kejam kan..Macam tu la kejamnya bila I kena tengok citer ni dalam keadaan lapar, ngantuk, dan risau.
Abang Rosyam sibuk duk sebut kekuatan orang lelaki dan perempuan, tapi cerita dier ni takder kekuatan langung, Apa kes??



Pakai Handphone, of kos la tak samer macam pakai DSLR

Memetik kata-kata Abang Rosyam, ewahh.. Sejak biler ntah dier kawin ngan akak aku pun aku tak tau. Rosyam Nor cakap, tapi terima ngan hati tebuka yer :
" Kaum Wanita lebih kuat, sebab kendong susu tak tumpah "
   " Kaum lelaki juga kuat, sebab kepit telur tak pecah " 

P/S: I tak tau aper motip dier cakap macam tu, tapi yang penting, dua-dua kuatla..hehe. EntrySumbat ni memang panjang, macam makan tauhu sumbat. Mana ada sumbat timun macam tak nak bg jer kan. So ADIOS~

Monday, September 5, 2011

Salam Perantauan Aidilfitri

Haaa, jangan kata lambat wish. Raya baru masuk minggu ke-2 so kira awal lagi la ni. Rata-rata, puasa 6 pun belum start lagi kan. Maklumlah hidup student macam I, busy memanjang. Raya pun macam tak Raya, #bajet. Kalau makan ketupat rendang, ingat-ingatlah mereka yang berada nunnn jauh di seberang laut. Tahun ni ada yang tak dapat balik beraya, kesian~

Jadi dikesempatan ini saya,

Ahmad Faris Syazwan Pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Event Management University of Manchester ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan kawasan perumahan, rakan-rakan SK BTHO, SM Sains Selangor, UTM, Bloggers, Followers, Silent Readers, Blogwalkers, Twitters, Octoves, dan akhir sekali UiTM. Jika ada salah dan silap, terkasar bahasa. Buat-buatlah lupa. Hahahaha.. Mintak maaf la wei, 0-0 semuanya, termasukla hutang skali, boleh???kikikikiki

 Sila abaikan muka bibik dibelakang itu. Angin sebab banyak pinggan nak kena basuh kut..hahaha

Amacam, best tak salam perantauan aku?? Bukan senang nak buat salam perantauan ni, sekali sekala baru dapat peluang..hahaha. Dah2 bulan-bulan baik ni, tak baik menipu. So abaikan salam perantauan aku yang bajet oversea tu, padahal domestik jer, nama pun UiTM, kikikikiki

Tahun ni theme kaler Merah MakNgah. Takda ikut saper-saper, citarasa sendiri. Cumanya kaler Merah yang diingini tu tak dapat, sebab habis stock. Satu KL tu mencari. Jadinya, tahun depan sebelum puasa aku g tempah Baju Melayu, Qada' yang tahun ni punya. Yang ni beli ready made punya, itupun saiz dah abis, terpaksala oter apa yang patut.

Raya macam biasa, Kuala Lumpur. Sebab ayah orang sini. jangan kata tak meriah. Korang yang tak pernah raya KL meh sini. Konfem taknak balik kampung,hehehe. Tambah pulak Atuk, Nenek, Adik beradik Nenek, Anak-anak adik beradik nenek, adik beradik ayah, anak-anak adik beradik ayah @ sepupu, semuanya sekitar Lembah Kelang, maner tak meriah!!!!!

Jangan terkejut, satu keturunan sepupu semua giler bergambar. Kalau ada yang kata aku giler enterframe, ader lagi yang giler2..wakakakakakak~

Cumanya tahun ni, sempat juga pulang ke Kampung sebelah mama di Segamat, Johor. Dapat juga menziarah pusara atuk & nenek.. Al-Fatihah~

Kalau ada yang masih belum pulang ke kampung, pulanglah..Bukan hari raya jer, bila-bila masa. Jangan menyesal di kemudian hari~

Btw, 2nd hari raya pergi main boling dengan cousin yang disayangi, dan 3rd hari raya, all 8 of us dah melepak dekat SanFrancisco Steakhouse KLCC. Love you Kakaks, and Abangs!!!!

Thanks Abang Nik, Yummeah~~~~

 Thanks Kak Che Ju..Sedapnyerrrr~


Bukan main seronok adik-adik, biler Kak Che'Anne Belanja toys..hahahaha
  
P/S: Thanks Kak Cheju & Abang Nik, Kak Che Anne, Kak Ikin, Elyna, Haziq, Ayum, Ariana, Arisa..It just that Abang Boboy sorang jer missing. But today he's coming back from Japan, yeay!!!!
Love you guys Soo Much~

P/S: Echa, Heri, Ijat, Iwan, Kak Anis & Abg Faizal, Kak Fiza, Aliya, Mukhsin just to name few, maklumlah sepupu ramai sgt hahahahaha, tahun depan shoot raya dekat tepi tasik pulak.Raya tahun ni paling best!!!!.wakakakakakaa



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...