Tuesday, July 26, 2011

Entry Sumbat - Part 1

Haluuuu~..First of all lepas ni taknak berjanji lagi. Konon-konon paling lama tak update adalah 2 minggu. Tapi kalau korang perasan, almost 3 weeks I didn't update any entry, even a short one. So for today, I've decided to cut everything short into 1 entry. Sebab itu, dengan bangganya I promote Entry Sumbat, kikikiki. Manalah tau kut-kut lepas ni boleh jadi #TrendingTopic worldwide, takker bangga Cik Senah~

Tanpa berlengah, I akan rangkumkan segala aktiviti-aktiviti sepanjang kehilangan I sejak 3 minggu.

MINGGU #1

I was at my aunt's house for my second niece Cukur Jambul. Kejap je dah 2 anak buah sebelah mama. Everything was perfect. Sekarang I dah jadi Uncle agak-agak nak panggil Uncle aper??
Uncle Ash/Uncle Is/Uncle Mat. Sekarang You'allz boleh bagi pendapat. Sorrilah tak mampu nak buat Giveaway Nama Uncle Terbaik, hehehe..Alang-alang nak puasa ni, anggap jer la korang sedekah Idea, :)


Sejak tengok color Purple buaian ni, I've decided to have Purple Baju Melayu. 
Korang bagaimana??Ewahh, bajet ader orang jawab,kikikiki

Alahai manja Uncle, dah besar nanti sure lawa macam mak dier

Ok tak shot ni? Saja letak, nak test respon peminat.. :P
Sejak guna DSLR, banyak benda I belajar~
MINGGU #2

This is the toughest week. I'm busy preparing my Piano Exam. Giler Kentang ah. I dah lamer stop main piano, so now adik-adik yang continue. But then cuti semester lamer sangat, so I've decided to take exam. Tapi yang bestnya, during exam day, I yang lebih nervous dari diorang. Pelik jugak tengok budak-budak ni bukan main rileks. Both my sister and brother ambil exam jugak.

Biler I tanya, dengan selambanya my sister cakap " Tak nervous pun, this is not my first time. Dah biasalah" . Ewahh budak ni, bukan main lagi. BTW, exam piano ni under Associated Board Of Royals Schools Of Music (ABRSM). This time around the exam was held at Prince Hotel Kuala Lumpur. Result keluar around August. Harap-harap Invigilator Mat Salleh tu bagilah lulus, aminnn.


My sister is much higher grade then I am. I banyak tertangguh, sebab malas.

This is his first time. Tapi bila sampai, dia tak risau nak exam.
Yang dia risau, tak dapat tengok SpongeBob, Grrrr

MINGGU #3
 
Minggu ni paling crucial!! Sebab I mengikut jejak langkah Datuk Siti join Askar Wataniah. So I've been busy training. Hehehe. Ingat senang ke nak jadi askar? Training gila-gila punya. Tu lah, dulu PLKN tak dapat, kalau tak mesti dah biasa. Let's check it out my training dekat Camp :

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Amacam?? Terbaik tak?? Wakakaka~

Apa barang M-16, Sekarang ni I tengah berlatih pakai
Deploy CS-6 & Recon CS-6, :P

 Manerlah tau kut-kut I jadi Soldier of the Month, 
I suro dorang pampang gambar ni depan Magazine Maskulin, Boleh???
Budak-budak zaman sekarang maner main guli, konda-kondi. Adik-adik I naik basikal pun FAIL. Tapi I taknaklah ketinggalan bila diorang main benda alah ni. I pun tak tau wujud benda NERF ni. Sekarang I pulak yang over. Excited giler!!! NERF ni, macam-macam set ader, I ingat before sambung belajar balik I nak khatam semua koleksi,hehehehehe.

P/s: Sorrylah kalau I tak selalu update lagi. Next time kalau lamer sangat tak update, I buat je #EntrySumbat Part 2 ok? Tak sampai seminggu nak masuk bulan puasa, Semoga Ramadhan kali ni akan membawa 1001 keberkatan untuk semua. Kalau tak tahan sangat rindu, ehem2 add jerla TWITTER. Klik Sini Untuk Add

Wednesday, July 13, 2011

I'm Back With Hot Story!!!!!

Maaf. Hari ni tiada WW, sebab dah 2 minggu tak update. Bukan merajuk, bukan terkilan, tapi I were travelling abroad. Hehe. Konon-konon mencari idea just for you guys but then I was drowning. Drowning dalam keseronokkan dunia, wakakaka.

Tapi gambar-gambar bersaiz 18MP, so it takes time nak download. Jadi untuk tak mengecewakan rakan-rakan taulan semua, I updatelah but its got nothing to do with my VACAY..kikikikiki. As you all know, dah almost  3 months cuti semester so I plan to live up my life to the fullest, yerla tinggal 1 bulan jer lagi, nanti dah semester baru, menyesal tak sudah pulak banyak aktiviti yang tertangguh.

So I plan not to work for the whole 4months, and just have fun for the time being. But I realized something. My weight is gaining more than ever. Dah almost 60KG ok. Perut pulak dah bulat, Cantik jer macam bola, siyes kagum sebentar!!!! Nenek, Atuk, Mama semua dah tegur, I tengok pun seram so right now I really worked hard to lose weight. Tapi takyah pergi-pergi gym ni, buat di rumah jer. Jimat masa, jimat duit lagi-lagi untuk manusia yang macam I yang hanya tau menghabihkan Boraih kek umah..hehee

I'm not a fitness trainer, so if one of you are reading my entry please forgive me for my mistakes what so everla.. Untuk jimat kos, I suggest this 3 things :

   1. SKIP ROPE

Korang melompat-lompat la depan laman. Kalau takder laman macam maner??
Dalam bilik pun boleh lagi-lagi yang malu-malu alah.


   2. SIT UP BAR

Sesuai kalau nak kecikkan perut, kikikiki. Tau macam mana guna tak??
Nak letak gambar sendiri bagitau cara guna, macam tak appropriate, Kang ramai pulak yang jatuh cinta,  
so korang tengok kat bawak ni.

 
Cara nak pakai :

1) Pulas ikut lawan jam seluas-luasnya, benda oren ni
2) Masukkan bawak pintu.
3) Kemudian, pulas balik ikut arah jam untuk ketatkan
4) Susahlah nak explain, nantilah aku buat VLOG, boleh??


1) Pasangkan bar
2) Kuncikan, pulas skru ketat-ketat
3) Kemudian, mulakanlah. hihi
4) Takpayah nak ada orang duduk dekat kaki lagi, mudahkan.


3. DUMBBELL
Ini bukan barang plastik ok. 6.6lbs sebelah, kira 3kg sebelah la. 2 belah 6kg.
Saja beli rupa gini, taknak gerunkan adik-adik, wakakakaka

Kalau yang mampu, tiada halangan untuk korang dapatkan peralatan yang lebih baik, pergi gym lagi bagus. Tapi as for me, buat kat rumah jer, sebab I ni taraf hangit-hangit taik lembu jer. Awal-awal ni memang kencangla, lepas ni bulan puasa I pun puasa la exercise tu, hehehe.

P/s: Yang Wordless Wednesday #2 tu bukan perut I ok, so takyah la nak berbalah-balah,hehehe. OH, btw, barang-barang ni semua boleh dapat dekat kedai-kedai sukan, tapi I beli dekat Studio R KLCC jer, sebab bajet kurang, pastu ada SALE pulak. Maklumlah, dah banyak melabur time holiday haritu~~~




Monday, June 27, 2011

Mahligai Kasih : "Anis & Faizal"

Ada satu teka teki. Cuba kira berapa hari tak post entry??  Ha..Susahkan.. {Konfem kena lempang jap g, :p}
2 minggu sudah memang agak sibuk sebab sepupu kahwin. Dari tempoh bertunang sehingga ke bersanding, memang kami ahli keluarga sentiasa berdebar-debar menunggu detik-detik bahagia. Amboi, macam kita pulak naik pelamin.Hehe...

Segala-galanya dah selesai. Banyak perkara menarik berlaku. Today I really want to share all the good memories to honor their marriage.

------------------------------------------------------------------------------------------------

KISAH 1 : IPAD VS DSLR

Anis: "Nak Ipad untuk hantaran??"
Faizal: "Ok" {Dan Anis menerima Ipad sebagai hantaran yang dibeli lebih awal}
Faizal: "Nak DSLR??" {Mengikut sumber, beliau teringin akibat pengaruh dengan trend DSLR masa kini}
Anis: "Orang mana ada duit!!!"

Tidak dapat dipastikan samada Faizal kecewa atau tidak. Tetapi sebagai lelaki dan bakal suami, ciri kesabaran yang ditunjukkan beliau amat mengagumkan. 

Di Majlis Akad Nikah ramai yang cemburu melihat Ipad2 32GB milik Anis. I was one of them,hehehe


Makan hati weh ~
 
Namun ramai juga yang cemburu melihat hantaran Anis kepada Faizal. Sebab ini :

DSLR yang diidamkan Faizal. Rupanya dibeli Anis sebagai kejutan hantaran perkahwinan. The Idea came 6 month ago right after their engagement day. Pandai Anis simpan rahsia.

---------------------------------------------------------------------------------------------
 
KISAH 2 : IPAD VS DSLR 
 
Faizal: "Eh ada DSLR?? Berapa harga??"
Anis: "Takyah taula. Kenapa, nak kongsi-kongsi bayar ke?"
Faizal: "Boleh jugak. Kita kongsi-kongsi bayar" {Ciri-ciri suami yang baik. Berkongsi harta dengan isteri.}
Anis: "Tak payahla. Orang bergurau jer.. :)" {Anis memang sentiasa pandai bergurau}
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------
 
Anis yang dikenali adalah insan yang sentiasa mendulukan orang lain. Insan yang sentiasa mendengar kata orang tua, dan sentiasa lemah lembut dalam setiap pertuturan dan tingkah lakunya. I'm not saying this because she's my cousin. But I do feel like a brother to her. Younger Brother ok. I muda lagi,hehehehe.
 
That's why, bila dia bertemu jodoh dengan calon pilihan yang dikenali 9 tahun lalu dan kini selamat diijabkabul, kami merasakan itulah jodoh yang terbaik untuknya. Anis, seorang yang sangat setia dalam cintanya. Kami sepupu-sepupu sangat mengetahui.

Faizal, usia perkenalan kami mungkin singkat. Tapi I can feel that he's the right choice for her. Insan yang suka bergurau, sentiasa bijak dalam pergaulannya, dan tidak mengambil masa yang lama untuk kami menyukainya. Seorang yang sangat ikhlas dan seorang yang penuh kasih-sayang
 

Airmata Anis berjurai-jurai saat Upacara Pembatalan Air Sembahyang. Kami turut sama sebak. Kisah cinta yang mencecah 9 tahun kini diikat abadi dengan sebuah perkahwinan.


Kegembiraan Kamu berdua, kegembiraan kami sekeluarga.
 
 
Kami sepupu-sepupu mendoakan semoga Anis & Faizal akan terus saling mencintai dan hubungan suami isteri ini kekal sehingga ke akhirnya...

 
Abang Pejal, Welcome To The Family. Lepas ni, kena layanla kerenah-kerenah sepupu yang asik bergurau tak abis-abis. Kadang-kadang sampai kena asma sebab asik bergelak, :)

P/S: Abang pejal pernah tulis, Kak Anis adalah bidadari yang akan menunggunya di syurga. Insyaallah...
 
(Sebak ketika Entry ini dikarang, kerana saya merasakan cinta dan kasih sayang anda berdua, LOVE YOU BOTH)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...