Monday, June 27, 2011

Mahligai Kasih : "Anis & Faizal"

Ada satu teka teki. Cuba kira berapa hari tak post entry??  Ha..Susahkan.. {Konfem kena lempang jap g, :p}
2 minggu sudah memang agak sibuk sebab sepupu kahwin. Dari tempoh bertunang sehingga ke bersanding, memang kami ahli keluarga sentiasa berdebar-debar menunggu detik-detik bahagia. Amboi, macam kita pulak naik pelamin.Hehe...

Segala-galanya dah selesai. Banyak perkara menarik berlaku. Today I really want to share all the good memories to honor their marriage.

------------------------------------------------------------------------------------------------

KISAH 1 : IPAD VS DSLR

Anis: "Nak Ipad untuk hantaran??"
Faizal: "Ok" {Dan Anis menerima Ipad sebagai hantaran yang dibeli lebih awal}
Faizal: "Nak DSLR??" {Mengikut sumber, beliau teringin akibat pengaruh dengan trend DSLR masa kini}
Anis: "Orang mana ada duit!!!"

Tidak dapat dipastikan samada Faizal kecewa atau tidak. Tetapi sebagai lelaki dan bakal suami, ciri kesabaran yang ditunjukkan beliau amat mengagumkan. 

Di Majlis Akad Nikah ramai yang cemburu melihat Ipad2 32GB milik Anis. I was one of them,hehehe


Makan hati weh ~
 
Namun ramai juga yang cemburu melihat hantaran Anis kepada Faizal. Sebab ini :

DSLR yang diidamkan Faizal. Rupanya dibeli Anis sebagai kejutan hantaran perkahwinan. The Idea came 6 month ago right after their engagement day. Pandai Anis simpan rahsia.

---------------------------------------------------------------------------------------------
 
KISAH 2 : IPAD VS DSLR 
 
Faizal: "Eh ada DSLR?? Berapa harga??"
Anis: "Takyah taula. Kenapa, nak kongsi-kongsi bayar ke?"
Faizal: "Boleh jugak. Kita kongsi-kongsi bayar" {Ciri-ciri suami yang baik. Berkongsi harta dengan isteri.}
Anis: "Tak payahla. Orang bergurau jer.. :)" {Anis memang sentiasa pandai bergurau}
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------
 
Anis yang dikenali adalah insan yang sentiasa mendulukan orang lain. Insan yang sentiasa mendengar kata orang tua, dan sentiasa lemah lembut dalam setiap pertuturan dan tingkah lakunya. I'm not saying this because she's my cousin. But I do feel like a brother to her. Younger Brother ok. I muda lagi,hehehehe.
 
That's why, bila dia bertemu jodoh dengan calon pilihan yang dikenali 9 tahun lalu dan kini selamat diijabkabul, kami merasakan itulah jodoh yang terbaik untuknya. Anis, seorang yang sangat setia dalam cintanya. Kami sepupu-sepupu sangat mengetahui.

Faizal, usia perkenalan kami mungkin singkat. Tapi I can feel that he's the right choice for her. Insan yang suka bergurau, sentiasa bijak dalam pergaulannya, dan tidak mengambil masa yang lama untuk kami menyukainya. Seorang yang sangat ikhlas dan seorang yang penuh kasih-sayang
 

Airmata Anis berjurai-jurai saat Upacara Pembatalan Air Sembahyang. Kami turut sama sebak. Kisah cinta yang mencecah 9 tahun kini diikat abadi dengan sebuah perkahwinan.


Kegembiraan Kamu berdua, kegembiraan kami sekeluarga.
 
 
Kami sepupu-sepupu mendoakan semoga Anis & Faizal akan terus saling mencintai dan hubungan suami isteri ini kekal sehingga ke akhirnya...

 
Abang Pejal, Welcome To The Family. Lepas ni, kena layanla kerenah-kerenah sepupu yang asik bergurau tak abis-abis. Kadang-kadang sampai kena asma sebab asik bergelak, :)

P/S: Abang pejal pernah tulis, Kak Anis adalah bidadari yang akan menunggunya di syurga. Insyaallah...
 
(Sebak ketika Entry ini dikarang, kerana saya merasakan cinta dan kasih sayang anda berdua, LOVE YOU BOTH)

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday - #2

Wordless Wednesday (WW) adalah satu trend untuk semua bloggers di alam Maya. Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa-apa caption/penerangan/cerita dan sebagainya.

Biar gambar yang menceritakan segala-galanya. For example anda tafsirkan sendiri gambar di bawah. Ingat,

"A Picture Worth A Thousand Words"

P/s: Mana satu lagi wordless?? HeHe. Pilihan di depan mata, biar jari menjadi juri.. :)

Monday, June 20, 2011

Kenapa Program Realiti TV itu Perlu???

First thing I want to be clear on something. Entry ini tiada kena mengena sebab Hazama menang AF. I didn't watch AF fully. Sekali-sekala kalau TERtune, tengoklah. Free pulak astro ria tu, hihihi. But then I know there are 2 sided of groups. Satu sokong realiti TV, satu lagi group dah sah-sah la kata realiti tv ni mengarut. But today, I bukan nak sokong realiti tv, tapi just nak share some ideas. Boleh tak?? Siapa kata tak boleh, sila KOMEN, wakakakaka~

1) Mencari Bakat-Bakat Baru.
Janganlah kata penyanyi dah ramai, nak cungkil apa lagi? Dik, program reliti tu ada macam-macam jenis. Yang ko pikir penyanyi jer kenapa? Pikirlah program-program macam Imam Muda, Ustazah Pilihan ker. But then, it's still a good thing.

Contoh nak jadi Qari-qariah, Akademi Al-Quran sah-sah boleh bantu. Yerla, kalau takder Akademi AQ, selalunya kita tengok qari ni datang dari sekolah pondok. At least kita boleh sediakan peluang untuk orang awam, masuk program-program macam ni. So, dengan kata lain, semua orang dah berpeluang tunjuk bakat, sebab medium dah ada. Antara berani dengan tidak jer~


2)Peluang Untuk Muhasabah Diri.
Pernah tak menangis kalau tengok audition-audition dekat Youtube?? Sebab apa menangis?? Best kan..Ataupun kadang-kadang, korang terharu dengan kisah hidup peserta-peserta tu. So, bila ada yang mengkritik, fikirlah balik. Bukan semua yang masuk tu orang senang. Mungkin ini salah satu cara untuk memperbaiki taraf hidup.


Yerla, kalau nak belajar pun otak dah kosong, baik gunakan jer bakat atau kudrat yang ada. Kadang-kadang kesian tengok yang pergi audition ni kena kutuk. Memangla menyanyi bunyi longkang, tapi atleast diorang ada keberanian nak pergi. Kita ni yang duduk tengok tak payah mengata. paling kuat pun gelak sudahlah.. Hahahaha~


3)Merubah Taraf Hidup.
Masuk program realiti tv ni ganjaran besar tau. Tengok Suki masuk OIAM, easy-easy 1 juta. Tapi tengok mana dia sekarang. Lesap dengan duit-duit sekali,hihihihi. Ok, itu gurau jer. Maksudnya, bila dah menang atau at least top 12, orang dah kenal. Peluang nak tonjolkan bakat dah ada, tinggal nak ada orang yang betul membimbing jer.

Cuba kaji, pemenang-pemenang realiti tv di dunia. Kebanyakkannya dah berjaya dalam hidup. Rata-rata pulak bukan orang senang. Jadi, sekurang-kurangnya, realiti TV dah meringankan beban mereka-mereka ini.

--------------------------------------------------------------------------

The reason why I did this entry today is because of this video. Kalau sudi, spendlah 5-10 minutes dan tengoklah video ni. Menggodak-godak Youtube tadi terjumpa video ni. Very overwhelming and eyes brawling. Bak kata Taylor Swift "Tears Drops On My Guitar lah" wakakakaka~

Tak semua orang bernasib baik dalam kehidupan. Tetapi Program-program sebegini mampu memberi kehidupan yang baik kepada mereka-mereka yang memerlukan. What do you feel when you watch this video???



P/s: I'm not saying that Reality TV is a good thing. It depends on how you guys deal with it. Kalau Hari-hari duk' mengadap tenogk Diari AF (nasib baik dah abis), sah-sahla memang tak elok~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...