Tuesday, March 8, 2011

Sepagi Bersama Dekan

Tanggal 4/3/2011, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Dekan bagi Faculty of Office Management an Technology. Penerimanya adalah seramai hampir 380 orang dari 4 kursus. OM221(Office System), OM222(Customer Service), OM223(Health Admin), OM224(Event Management) adalah 4 kos terbabit.

Mukadimah sangat entry ni. Bangun pagi around pukul 8 pagi dah register. Mula-mula dulu ingat buat dekat hotel, sebab fakulti lain dapat buat dekat hotel, tapi entahla dimana silapnya, setakat aras 8 bilik AV. Banyak yang terkurang, dan boleh diperbaiki. Bukanla nak mengkondem, tapi tidak semua aturcaranya berjalan lancar. Sebagai penerima anugerah, chewahhh~, terpalit jugak rasa kecewa.

Bukan aku jer yang bercakap, penerima lain jugak. Bukan selalu dapat terima, mungkin jugak ini kali terakhir,(mintak jauhla, doakan saya dan rakan-rakan cemerlang setiap semester), tapi majlis nyer setakat biasa-biasa, rasa macam tak patutla. Sebab,pada pandangan budak baru belajar,hehe, kalau kita lebih menghargai pelajar-pelajar, mesti semangat nak dapat dekan tiap-tiap semester pun tinggi.

Tapi, macam mana pun setinggi-tinggi terima kasih buat semua yang menjayakan Majlis Anugerah Dekan. Janji ada, cuma next time buat lebih baik lagi okay!!!
To mama, ayah, adik-adik, don't worry. I'll do my best, the greatest i can for all of us. I live for you, and all for you guys. Macam tu jugak kawan-kawan saya. Saya sayang anda semua, marilah kita sama-sama berdoa agar next time, satu kelas, satu rumah semua dapat terima anugerah ini~



 Okay-okay,saya tahu gambar ni macam over sikit!!

Lecturer saya. Tapi saya tak dapat A subjeknya, hehe~

Dekan fakulti saya. Tapi tak sempat amik gambar waktu tengah pakai jubah, beratur!!

 Rakan-rakan saya(penerima anugerah juga), sayang korang...

Khas untuk 2 orang rakan saya, saja bagi dorang enterframe!!!..hehe

P/s: Jumpa Semester depan lagi,hehe..Insyaallah~

Sunday, March 6, 2011

Kisah Yang Tertunda

Maaf, bukan sengaja taknak update. Tapi rasanya kalau bagi alasan busy pun orang dengar pun boleh muntah, muak dah. Bila lama tak update, tengok blog sendiri pun naik pening. Hehe. So untuk hari-hari yang seterusnya akan ada post2 Qada, biar takda lagi rasa nak muntah~

Ni nak cerita ni, tapi dah agak basila sebab last 2 week i went to Anugerah Seri Angkasa 2010. Dapat invitation so kita pun wajib memenuhinya, macam buat kenduri kahwin. Orang Jemput, kita datang sebab dikhuatiri kalau tak datang, nanti next time buat kenduri, orang tak datang pulak. Ini ayah yang cakap. So perjalanan yang memakan masa 1 jam dari Puncak Alam memang menyeronokkan. Kebetulan trafik bukan main lancar lagi. Jadi sampai memang right on time la. Sebab boleh buat photoshoot kat Parking Basement bagai~~

Dah terbiasa suruh member bawak,sebab takut baju berkedut.. :P

 Zachery, si Capik(Pelakon)

 Best Actress For Tv Drama, Elaine Daly(Gorgeous)

 Datuk Yusof Haslam and Wife, siap tanya siapa nak jadi pelakon~

 Maaf, ini bukan artis. Ini kawan saya, hahaha!!!

Saturday, February 19, 2011

'TERKAGUM' Sebentar!!!

1st time masuk Plaza Alam Sentral (PAS), memang pengalaman yang tak boleh diliupakan. Bila kata 1st time semua tak percaya..Tapi siyes betul, bukan propa. Oklah, walaupun macam hidup tak hidup, janji bila orang tanya tak malula nak cakap dah penah pergi. Tapi benda yang paling best masuk PAS adalah ini :-
 Tau tak pebenda ni?? Ke tak jelas sangat? nak yang lagi jelas di bawah ini..

Dah dapat teka belum?? Ini toilet korang tau tak!!!

Tak taula kalau korang pernah jumper, tapi sepanjang dah hidup 2* tahun ni, tak pernah la pulak jumper toilet yang sebegini rupa.. Ke memang dah wujud lamer kat dunia ni??. Terkejut beruk bila nampak sign ni..

P/S: Anda ada gambar menarik/pelik untuk dikongsi, silakan.. Boleh tambah pengetahuan~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...