Sunday, March 6, 2011

Kisah Yang Tertunda

Maaf, bukan sengaja taknak update. Tapi rasanya kalau bagi alasan busy pun orang dengar pun boleh muntah, muak dah. Bila lama tak update, tengok blog sendiri pun naik pening. Hehe. So untuk hari-hari yang seterusnya akan ada post2 Qada, biar takda lagi rasa nak muntah~

Ni nak cerita ni, tapi dah agak basila sebab last 2 week i went to Anugerah Seri Angkasa 2010. Dapat invitation so kita pun wajib memenuhinya, macam buat kenduri kahwin. Orang Jemput, kita datang sebab dikhuatiri kalau tak datang, nanti next time buat kenduri, orang tak datang pulak. Ini ayah yang cakap. So perjalanan yang memakan masa 1 jam dari Puncak Alam memang menyeronokkan. Kebetulan trafik bukan main lancar lagi. Jadi sampai memang right on time la. Sebab boleh buat photoshoot kat Parking Basement bagai~~

Dah terbiasa suruh member bawak,sebab takut baju berkedut.. :P

 Zachery, si Capik(Pelakon)

 Best Actress For Tv Drama, Elaine Daly(Gorgeous)

 Datuk Yusof Haslam and Wife, siap tanya siapa nak jadi pelakon~

 Maaf, ini bukan artis. Ini kawan saya, hahaha!!!

Saturday, February 19, 2011

'TERKAGUM' Sebentar!!!

1st time masuk Plaza Alam Sentral (PAS), memang pengalaman yang tak boleh diliupakan. Bila kata 1st time semua tak percaya..Tapi siyes betul, bukan propa. Oklah, walaupun macam hidup tak hidup, janji bila orang tanya tak malula nak cakap dah penah pergi. Tapi benda yang paling best masuk PAS adalah ini :-
 Tau tak pebenda ni?? Ke tak jelas sangat? nak yang lagi jelas di bawah ini..

Dah dapat teka belum?? Ini toilet korang tau tak!!!

Tak taula kalau korang pernah jumper, tapi sepanjang dah hidup 2* tahun ni, tak pernah la pulak jumper toilet yang sebegini rupa.. Ke memang dah wujud lamer kat dunia ni??. Terkejut beruk bila nampak sign ni..

P/S: Anda ada gambar menarik/pelik untuk dikongsi, silakan.. Boleh tambah pengetahuan~

Monday, February 14, 2011

Bila Seru Kahwin Dah Sampai~

Kagum tak?? Kagum tak?? Kagum tak bila baca title post ni?, hehe.. Mahu terkejut satu Puncak Alam ni kalau aku cakap nak kahwin. Almaklumla, dah berdegar-degar aku cakap taknak kahwin, atleast untuk masa terdekat nila. Bukan taknak kawin terus, ish korang ni~
Bukan apa, tetiba pulak seru datang. Betulla kata orang, kalau kita berada dalam satu suasana tu, konfem kita akan terpengaruh ngan keadaan suasana tu. Walau tak banyak atleast ada jugak. 

Mesti korang pelik napa tetiba citer pasal nak kawin. Cu citer, cu citer, hahaha. Last week pergi buat assignment event management. Disebabkan final projek berunsurkan perkahwinan, kenalah buat survey bang mail oi~. Tak bolehla menonong jer. Nanti, kalau kena charge beribu-ribu, tak terbeliak biji mata nak membayar. Jual buah pinggang pun belum tentu laku tau!!

Bila buat survey ni, banyakla benda yang tak tau jadi tau. Kitorang pergi SACC tengok pameran pengantin Malaysia 2011. Hasil kerja Urban Vibe memang superb!!. Bila dah ada nama ni, senang sikit. Buatla event aper pun mesti laku. Tapi yang paling best, bila dapat tengok macam2 booth pengantin. Lawa-lawa, tapi sayang,model takder..wakakaka~ Maybe sebab datang hari jumaat, awal lagi. Apa-apa pun, doakan event kitorang pun sukses jugak yer~

 bab2 dapat door gift ni yang paling minat~

 budak-budak pompuan, benda ni la yg paling suke~
pelamin macam ni, cuba teka harga dier??

Sekali tengok jer terus nak duduk, tanya pakej,hehe

 Susah nak tengok busana lelaki, banyak perempuan punya..

 Part of team yang akan menjayakan Final project nanti. Cuber teka sapa Project Manager, :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...