Monday, September 27, 2010

Kisah Menyayat Hati...

Salam!!!
Lamanya dah tak post aper-aper dekat sini. Terlalu busy sampai nak menghadap laptop pun susah. Tapi oleh kerana,lama sangat aku tak post story,so harini aku akan bagi satu story yang sadis,tapi tak berapa nak sadisla sekarang ni. Kisah ni berlaku lebih sebulan lalu. Harapan aku,semoga korang semua mendapat iktibar, dan sila sediakan sekotak tisu PREMIER.

Tanggal 17/8/2010, ayah memberikan kejutan terhebat untuk 2010 ni. Apalagi, ayah bagi kereta sebagai hadiah. MYVi EZi. Colour sangat cantik,kelabu metallic. Bila dah ada kenderaan,senangla nak bergerak. Terima kasih khas buat housemates, dan few classmates yang sanggup bergolok bergadai menghantar dan menjemput. Rasa terharu yang teramat sangat..:P

Nak jadi cerita,tak sampai seminggu aku memandu kereta kesayangan terbaru, aku merasai satu pengalaman yang paling berharga, cheewahhh(macam buat karangan autobiografi plak)..Aku ACCIDENT!!!
Serius wei, frust gila aku. Time inila barui tau dunia kat luar ni sungguh bahaya. Jadi aku nak bagi sikit tips macam mana nak menghadapi kesukaran,bila berdepan kecelakaan!!

1) Bila ada tow truck yang bukan dari syarikat pengedaran automobil di Malaysia ni, korang janganla memandai-mandai nak sign apa2..Tu semua tipu!!Nanti dier tarik kereta korang,Pastu nanti dier charge lebih dari yang sepatutnya. Ingat Jangan sign aper-aper.
2) Telefon la mereka-mereka yang boleh membantu.Ibu,ayah, staff ayah, sesiapa yang boleh diharap.

3) Jangan Panik. Tenang,bila korang panik,apa pun tak jadi.

4) Jangan terlalu lama tinggalkan kereta di tepi jalan,takut ada yang buat dajal pulak!! 

Kesimpulannya, hargaila harta benda masing-masing. Bila dah jadi macam ini,kalau kena marah pun terima jerla(tak tujukan kat siapa-siapa pun),benda dah nak jadi...

 

Thursday, July 15, 2010

KHAS UNTUK BUDAK LELAKI

Dah 2 minggu hidup bujang.Sebelum ni pun memang bujang,tapi duk melepak bawah ketiak mak.Dah keluar dari ketiak baru tau susah senang hidup.Haha.So far takla teruk hidup bujang ni.Lagi-lagi kalau housemate satu kepala.Bila hidup bujang,perangai pun totally change.Kalau dulu,nak buat air sirap pun mintak tolong mak,kat sini,nak suruh mak aper yang buat air sirap?Mak nyah???hahaha...Nak taknak,sikap-sikap yang tak berapa nak wangi tu kena la ubah.Baru hidup aman damai.Chewahh,macam ahli politik pulak.

Tapi aku bukan nak bagi ceramah pasal pencerobohan pasir kat Selangor ek,aku nak bagi tips-tips macam mana nak hidup berdikari..Lagi-lagi untuk budak lelaki..

Tips 1 : Makan Tengahhari dalam waktu tengah hari.Bukan dalam waktu petang.Sebab tu aku panggil makan petang.Faham??

Tips 2 : Simpan Stok maggi banyak-banyak.Lagi banyak jenama lagi bagus.Senang nak buat pilihan terbaik.So far aku boleh rekomenkan Maggi Goreng Kriuk-Kriuk.Memang Kriuk~

Tips 3 : Sila pasang broadband.Ini unuk mengelakkan kebosanan tahap melampau.Lagi-lagi kalau korang gila berfacebook 24/7.Saranan aku,sebelum beli sila check coverage broadband di tempat masing-masing.Jangan ko sibuk cari broadband yang murah.Kalau murah tapi takder coverage,aper yang dapat?? (sila baca dengan nada marah)

Tips 4 : Sila jangan berwrestling dengan mesin basuh,sebab kalau korang sibuk berwrestling,alamat sehari jerla korang dapat pakai mesin basuh.

Tips 5 : Sila pasang Astro.Ini yang paling penting.Bila channel Tv yang korang dapat hanya skrin biru,cepatla,pasang Astro bagi meningkatkan pengetahuan korang tentang isu-isu semasa.

Kesimpulannya,takla teruk pun kalau kena hidup sendiri.Dapat pengetahuan baru,pengalaman baru.Lagi banyak korang dapat kenal kawan-kawan baru.Semua barula.Insyaallah nati kereta pun BARU!!!!lalala~
Ini dipanggil lunch,walaupun waktu makannya adalah pada pukul 6 petang.Ini first day memasak.Siapa kata budak lelaki tak pandai masak?tengok pun dah tau sedap.haha(sila abaikan ayat last,sebab terlalu poyo)

Ini kali kedua masak.Tengok!!Tak ke nampak lazat sampai menjilat pinggan.Cuba teka masakan apa tu??haha,sungguh membangga diri.Budak lelaki semua sila respect diri anda.:P

 
Mesin basuh ini,adalah sekadar hiasan sebab sudah tidak boleh digunakan lagi.Tempoh penggunaan,hanya sekali.Gila kentang weh.Agaknya terkejut dengan bau baju budak-budak.Shock terus!!

Wednesday, July 7, 2010

UITM DI HATI

Hari ini,first day masuk kelas.Mendebarkan,mencemaskan,macam nak first time nak kena sunat.Opss!!!
Sebab dah meninggalkan UTM,terpaksalah berubah hati dan belajar untuk mencintai universiti yang terbaru ini.Tapi surprise tak surprisela,tak sampai setengah hari aku dah fall in love dengan institusi ni.Tak taula macam maner,tapi tengah-tengah melepak nak lunch tadi,terus terdetik,eh,best betul dapat belajar kat sini.Meh kiter check apa yang best sangat UITM ni.Lets check it out~...Cheh,macam ramai fans..hehe
Ini bangunan Fakulti Office Management.Fuh!!!,canggih.Macam kat Oxford.haha

Yang bertingkat-tingkat tu,tangga Batu Caves.Hanya yang diberkati jer kut yang mampu mendaki.ke kolej hehe.Macam aku ni takla kut,sebab tu aku duduk luar.

Bab ni yang paling aku suka skali..Makanan-makanan macam ni,kalau tiap-tiap ari jamah pun sanggup.Cuma bab harga tu yang lemah sikit.Cuba teka brapa harga sepinggan ni??Satu lagi ,makanan ni dihasilkan ehsan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.
Cuba tengok,sayu je Fakulti Sains Kesihatan ni.Bila time melepak dekat sini,terasa tenang,damai,pastu NAK BALIK RUMAH!!!!

Terlalu banyak yang aku nak story.Tapi cukuplah sampai sini,nanti orang kata aku gelabah pulak.Macam aku seorang je belajar kat universiti.Hehe.Apa pun mulai hari ini,Uitm tetap dihati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...