Thursday, July 15, 2010

KHAS UNTUK BUDAK LELAKI

Dah 2 minggu hidup bujang.Sebelum ni pun memang bujang,tapi duk melepak bawah ketiak mak.Dah keluar dari ketiak baru tau susah senang hidup.Haha.So far takla teruk hidup bujang ni.Lagi-lagi kalau housemate satu kepala.Bila hidup bujang,perangai pun totally change.Kalau dulu,nak buat air sirap pun mintak tolong mak,kat sini,nak suruh mak aper yang buat air sirap?Mak nyah???hahaha...Nak taknak,sikap-sikap yang tak berapa nak wangi tu kena la ubah.Baru hidup aman damai.Chewahh,macam ahli politik pulak.

Tapi aku bukan nak bagi ceramah pasal pencerobohan pasir kat Selangor ek,aku nak bagi tips-tips macam mana nak hidup berdikari..Lagi-lagi untuk budak lelaki..

Tips 1 : Makan Tengahhari dalam waktu tengah hari.Bukan dalam waktu petang.Sebab tu aku panggil makan petang.Faham??

Tips 2 : Simpan Stok maggi banyak-banyak.Lagi banyak jenama lagi bagus.Senang nak buat pilihan terbaik.So far aku boleh rekomenkan Maggi Goreng Kriuk-Kriuk.Memang Kriuk~

Tips 3 : Sila pasang broadband.Ini unuk mengelakkan kebosanan tahap melampau.Lagi-lagi kalau korang gila berfacebook 24/7.Saranan aku,sebelum beli sila check coverage broadband di tempat masing-masing.Jangan ko sibuk cari broadband yang murah.Kalau murah tapi takder coverage,aper yang dapat?? (sila baca dengan nada marah)

Tips 4 : Sila jangan berwrestling dengan mesin basuh,sebab kalau korang sibuk berwrestling,alamat sehari jerla korang dapat pakai mesin basuh.

Tips 5 : Sila pasang Astro.Ini yang paling penting.Bila channel Tv yang korang dapat hanya skrin biru,cepatla,pasang Astro bagi meningkatkan pengetahuan korang tentang isu-isu semasa.

Kesimpulannya,takla teruk pun kalau kena hidup sendiri.Dapat pengetahuan baru,pengalaman baru.Lagi banyak korang dapat kenal kawan-kawan baru.Semua barula.Insyaallah nati kereta pun BARU!!!!lalala~
Ini dipanggil lunch,walaupun waktu makannya adalah pada pukul 6 petang.Ini first day memasak.Siapa kata budak lelaki tak pandai masak?tengok pun dah tau sedap.haha(sila abaikan ayat last,sebab terlalu poyo)

Ini kali kedua masak.Tengok!!Tak ke nampak lazat sampai menjilat pinggan.Cuba teka masakan apa tu??haha,sungguh membangga diri.Budak lelaki semua sila respect diri anda.:P

 
Mesin basuh ini,adalah sekadar hiasan sebab sudah tidak boleh digunakan lagi.Tempoh penggunaan,hanya sekali.Gila kentang weh.Agaknya terkejut dengan bau baju budak-budak.Shock terus!!

8 comments:

Sultan Fauzee ibnu Mazuki said...

btol btol, tau tak, ak da pandai masak paprik ... huwa huwah uwa

Afsar said...

#fauzee: Apa lagi,kongsi-kongsila resepi...

Anonymous said...

gilaaa terer korang masak.
RESPECT! =)

Sultan Fauzee ibnu Mazuki said...

ok ok..its easy,

first, panaskan minyak, da panas masukkan bawang merah, putih, halia..[agak2 jer..serius]..pastuh da kekuningan, masukkan cili kering blender / boh [masukkan ikut nak pedas maner dan sedikit garam..pastuh, masuk oyster sauce, kicap manis, dan ayam..pastuh masukkan la sayur macam carrot, broccoli, sweet corn, cili..masukkan sikit air sbb nak kuah, cili sos dan tomato sos utk pekat kan die..and lastly carik2kan daun limau purut..siap..hahah

Afsar said...

#dyna:tak terer sangat la..apa kata cik dyna tolong ajar..haha

#fauzee: thanks wei..nanti aku try.

chris federick said...

Dropping by. Yea maggi is a must for independent student life! Is that ikan asam pedas? :P

Afsar said...

#chris: supposed to be asam pedas..but the taste is totally different from the original asam pedas..haha..it's fusion!!

DEAN said...

Wah, I like post2 camni... Menghidupkan kehidupan seorg bachelor... Kitchen? Tu lab budak2 laki kat umah kot (bagi pempuan, ia adalah tempat pengekpressian seni dan cinta)

Teruskan post sal benda2 camni and shopping bagai (bachelor's life) and I'll be ur loyal follower ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...