Thursday, December 16, 2010

Angan-angan Biar Sampai Lengan (Peribahasa Baru)

Tajuk memang tak boleh blah..haha. Lama tak update blog, sibuk dengan pelbagai urusan. Ingatkan cuti semester boleh rehat, rupanya cuti semester lagi busy. Tapi, nasib baik sempat juga pergi KLIMs 10'. Even dah almost 2 weeks, finally 2nd last day baru dapat pergi. Satu je perkataan yang boleh menggambarkan seluruh event. AWESOME!!! Macam-macam jenis ada,cuma agak kurang sikit bila takda pun kereta dari jenama Mercedes & Bmw.

Bila tengok kereta-kereta tu,mulala terfikir, alangkah seronoknya kalau mampu membeli, walau sebuah. Hehe.. berangan je lebih, hidup sekarang ni pun dah lebih dari senang, kalau tak bersyukur jugak tak tahula nak cakap. Tapi manusia memang macam tu,tak pernah tau diuntung. Bila tuhan dah tarik semua nanti, mulala menyesal.

So next time, kalau ada lagi, disyorkan anda semua pergi, memang berbaloi-baloi. Kalau pergi normal days, student dapat murah lagi..Jangan lepaskan peluang!!!. Tapi dalam banyak-banyak, ada beberapa kereta yang insyaallah, satu hari nanti akan diusahakan untuk memilikinya..Hehe...Mampu ker???


Colour pun lawa, seronoknya!!

 My dream car, Aston Martin!! Kereta ni lagi lawa,dari model tu..huhu

 Kereta ni paling banyak dapat perhatian. Camaro~

 Tapi lagi best, kalau kereta anda boleh berubah wajah seperti ini :

 
 

Wednesday, December 1, 2010

Style: Lelaki & Shopping Part 1

Bukan perkara luar biasa jika kita dengar Lelaki kini suka bershopping. Ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit. Pelik ke?? Dulu mungkin, tapi sekarang, di era-era metroseksual ni, lelaki memang sangat-sangat mengambil berat penampilan diri from head to toe. Tau tak??, peratusan menunjukkan kaun adam lebih ramai mengunjungi Shopping Complex berbanding kaun hawa!! Serius tak tipu, peratusan cakap..hehe.

Tapi kalau dilihat secara kasar, memang betul pun, takpercaya, lihat pada market sekarang. Semua produk yang dulunya untuk wanita, kini dah ada versi lelaki. Contohnya macam produk FOR MEN, yang memang dibuat khusus untuk lelaki..Lelaki yang gemar bershopping ni atau tergolong dalam SHOPAHOLIC lebih menggemari barang-barang berjenama, walaupun ianya FAKE. Yela kalau beli kasut Nike dekat Petaling Street, bukannya orang tau pun. Janji Nike!!..


Bagi aku, ada 2 kumpulan Shopaholic :
Golongan petama : Mereka yang gemar bershopping, dan barangan yang dibeli memang asli, sometimes mencecah RIBUAN ringgit. Suka kepada pusat beli belah terkenal, senang nak dapat.
Golongan kedua : Mereka ni suka membeli belah,tapi barangan yang dibeli kebanyakkan FAKE. Biarlah menang gaya. Selalunya tak kisah membeli di tempat-tempat bundle/ uptown/Petaling Street.

Anda golongan yang mana?? sila beri feedback..haha

Tak kisahla anda golongan mana, yang memakai pun anda. Cuma janganla terlalu obses dengan jenama terkenal sehingga lupa Barangan Buatan Malaysia!!!!

 Seronok bila ada teman pershoppingan (ayat baru) yang bijak membeli.
P/S: Rindu saat-saat ini,sekarang semua belajar jauh.


Monday, November 29, 2010

Sejenak bersama Prof : Luahan Rasa Seorang Budak Muar

Often kita dengar anak-anak pukul Ibu bapa. "Anak-anak menjadi tuan kepada ibu bapanya", ini adalah antara ciri-ciri dunia akhi zaman pun. Bila perkara macam ni berlaku, semua berketak. Anak-anak tak diberi pendidikan yang sempurnala, kurang didikan agama dan etc. 
Tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, tapi sometimes anak-anak tak salah pun. Bukan maksudnya boleh pukul-pukul.."Tak mau-tak mau",kita taknak smua ni..hehe.

Tapi ramai Ibu bapa yang suka mencari kesalahan anak-anak. Tapi yang paling ramai, adalah ibubapa yang suka membanding beza sampai letihla telinga ni dengar leteran, cacian,& makian. Lama-lama anak tu gila, jadilah benda-benda yang macam ni.

Persoalannya, chewahhh~, mengapa ini terjadi? mengapa anak Makcik Nab, lebih baik dari anda??, Mari kita renungkan bersama.

1) Anda lulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan (IPTA), anak cik Nab lulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti di Amarika (america katanya~).

2) Anak cik Nab jadi Doktor, awak tu jadi pegawai jer~

3) Gaji anak cik Nab rm10k, yang kita ni pulak 4k++.. 


4) cik Nab dapat merasa naik kete mewah sebab anak dier pakai BMW, yang awak ni pakai wira itupun aeroback!!


Tapi walau apapun, ini semua rezeki masing-masing. Tak bermakna bila seseorang tu lebih dari kita makes him better than us..(Tapi memang pun..haha). Cuma diingatkan, pada semua ibubapa, janganlah terlalu membanding bezakan anak-anak sampai tak nampak kelebihan. Anak ni kan anugerah tuhan, kalau terkurang, ibubapa perlu muhasabah diri..haha..


Anak-anak pulak janganla cepat terasa, anggap ini semua cabaran. Memang lumrah ibubapa yang mahukan anak mereka Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Senangkan hati mereka, insyaallah syurga jawabnya~


P/s : Syurga di bawah tapak kaki ibu~

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...