Friday, November 26, 2010

SELANGKAH UNTUK SIHAT

Nak dijadikan cerita, habis jer sembahyang jumaat tiba-tiba datang ilham. Berbunyi "Aku mesti kurus, no matter what"..And guys i take this seriously. Boleh korang bayangkan, lepas sembahyang terus datang ilham?? Tak tahulah sebab sembahyang tak khusyuk ke atau perut lapar ke. Dan kerana tidak mahu dianggap penipu, sebab dah banyak kali dah sebenarnya nak diet, tapi yang ado~..hehe. 

Tapi untuk membuktikan yang kali ni bukan main-main, aku telah bergegas ke Alamanda, Putrajaya. Untuk lebih spesifik, ke kedai AL-IKHSAN. Yelah nak bersenam ni kenala ada outfit, taknak 'hangat-hangat chicken shit ok'!!. Lagipun bagus jugak, sebab sejak cuti semester ni, berat 'hish', jangan ceritala..Malu!!. Sampai kena tegur la..

Hari tu, keluar hangout dengan member, ada ker sorang mangkuk ni cakap "sejak raya korban ni, aku tengok ko pun dah macam lembu!!!" OMG!!OMG!!!..Mulut memang sah celaka.  Ko tunggu la, lepas ni taknak keluar lagi ngan ko..Betapa malunya aku, so aku berjanji, lepas ni konfem turun. So sesiapa yang pernah mengalami perkara macam ni, apalagi, takkan nak duduk mengangkang  jer.hehe

TADA~~~
 Siap letak hanger dah..hehe. Terbang RM200++..Nak sambut birthday member pun tak boleh..
Sorila, tahun ni aku kirim rindu jer la. Duit nak pos pun takde. :(

Wednesday, November 24, 2010

Kaki Wayang : Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1

Mungkin agak terlambat sikit dari yang lain-lain, tapi janji dah pergi tengok dekat wayang. Hehe~~Macam biasala, kalau tengok dekat cinema puas hati berbanding tengok depan laptop sebab skrin besar, meriah pulak ramai-ramai, ye tak??Cerita HP kali ni memang menyentuh hati, mengalir la airmata.(Padahal tiap2 kali tengok scene sedih menangis!!). Aku tau ada yang dah tengok depan laptop, tapi aku sarankanla cerita-cerita macam ni sesuai tengok dengan ramai orang sebab feel dia lain sikit. Percayalah!! ker nak aku menyanyi lagu Siti dulu baru percaya~~

Tapi cerita yang paling best nak dikongsikan dengan pembaca semua, chewahhh, ialah adab bila pergi menonton wayang. Dah banyak kali terkena, tapi kali ni la yang paling SHIT.
  
1) Jika menonton cerita Harry Potter/ apa-apa cerita bersiri, sila pastikan tajuk cerita sebelum masuk ke panggung untuk mengelakkan pergaduhan!!..Jangan la nanti dah duduk, boleh pulak kau bergaduh pasal tajuk cerita Harry Potter ni..Dan yang paling PENTING, ini The Deathly Hallows Part 1, BUKAN Order of Pheonix!!...MY A@$!!!

2) Tolongla jaga anak kecil kalau bawak. Bukanla anti tapi rimas, bila asyik tanya "Kenapa muka Hantu ni @ Voldemort macam tikus sikit"..HELLO!!!!..Lain kali pergi bawak tengok cerita MEGAMIND, adalah pekdahnya~~

3) Ini yang paling aku TAK BERKENAN!!..Lain kali, bila nak pakai kasut, cium-ciumla bau stokin dulu..Sila praktikkan ini dari rumah sebelum bergerak..Sebab bila dalam panggung KO bukak kasut, bau dier ALAMAK!! Kalah bau B@%! ~..Nak ditegur takut malu, tapi mendidih jugalak aku tadi. Sebatu boleh bau.

Apa-apa pun, aku taknak cemarkan post kali ni, sebab I REALLY LOVE HARRY POTTER!! Serius, pergilah tengok, ajak satu kerabat pun takper..Berbaloi- baloi~

P/S: Berapalah agaknya kutipan filem 2 ALAM?? Curious giler nak tau, lagi-lagi bila hari-hari tengok Dr Rozmey berdegar-degar target RM40 juta!!.. :P 

Sunday, November 21, 2010

18SX

Benarlah Kata orang-orang tua..Apa yang benar?? Bila sesuatu perkara tu berlaku depan mata, boleh meruntun jiwa dan kalbu..haha..Semalam pergi majlis korban, alhamdulillah ada rezeki, korban kan seekor lembu. Tapi lembu tu kena sembelih depan mata, tiba-tiba rasa loya. Petang tu guess what?? Saya secara officialnya tidak makan lembu lagi.

Jadi vegetarian untuk seminggu.Naik bulu roma tengok tangan pakcik tu

Ini baru tengok lembu, agaknya kalau jumpa bayi tengah jalan terus taknak beranak kut..hihihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...