Wednesday, November 10, 2010

Budget Exam lebih Mahal dari Shopping.

Musim exam dah tiba!!!! Harap-harapla merasa anugerah dekan semester ni. Angan-angan je, lagi-lagi bila awal-awal sem ni. Dulu time sekolah, adalah satu sesi ceramah ni, Penceramah ni cakap "Dream BIG", jadi aku harapkan,semua orang pun memasang impian yang sama. Ini bukan post motivasi yer, sekadar mengingatkan. Waktu belajar ni la yang paling seronok, SERIUS!!! Cuba korang try kerja kat Popular, ala kedai buku tu, sumpah korang rela ulang SPM.Tak percaya, cuberla~

So, buat pertama kalinya aku gigih berusaha. Hari-hari telan chocolate dengan minum kopi.Kira-kira balik, agaknya la kan budget untuk exam lebih tinggi kos nya daripada pergi shopping!(ini mungkin agak tipu~). Tapi takperla,janji berkesan. Kalau nak tengok hasil,tunggu dulu..hahaha..(Matilah kalau tak capai!!!). Selain beli chocolate Cadbury rm3 dekat 7e, apalagi yang boleh menjurus kepada peningkatan kos biler exam?? Let's check it out..Cheewah..

1)HIGHLIGHTER
Nampak tak hasilnya??hehe,tak study,tak taula.

2)KEKACANG
 Mengikut kajian la,kekacang ni bagus untuk otak.Ntah yer, ntah tidak.

3)TIDBITS
 Penuh satu plastik bag. Tapi janganla kau telan sorang,konfem2 la bengap!!.Kongsi-kongsilah dengan 10 orang yg lain.Sikit-sikit takperla..:P

Kesimpulannya guys, janganla kisah sangat kalau bab belanja time exam. Nak berjaya kena la invest sikit. Jangan jadi kedekut taik idung masin sangat. Ada jugak, manusia-manusia yang time exam ni langsung tak belanja, makan pun jarang-jarang. Terus terang cakap,memang tak elok. Jadi as the conclusion, semoga berjaya time exam. kalau ada tips2 yang agak boleh berjaya tu,kongsi-kongsi la..Chow~

Thursday, November 4, 2010

Bila Cinta Bertasbih...

Lamernya, tak update..Sori yer semua, bukan sengaja,tapi fasa sebagai pelajar ni, memang tak dapat dielakkan busynya, hehe..(busyla sangat~). Tapi jangan risau, Kini saya kembalik aktif!!! So please tolong keep up dengan saya,ecehhhh.
Banyak benda yang menarik/tak menarik yang berlaku sepanjang beberapa bulan tak update ni, Tapi post kali ni, KHAS untuk sepupuku yang telah selamat berumah tangga. Sepupu pertama kahwin tu, Cayalah~ Disebabkan majlis ni tepat dengan subjek yang dipelajari, EVENT MGMT, so jom kita buat praktikal sikit..hehe

1) KONSEP - Nama pun majlis kahwin@ bersanding, kenala ada pelamin, kalau tak bukan majlis kahwin la tu namanya..Majlis cukur jambul sekarang ni pun ader pentas nak letak buaian. Kena la ikut KONSEP event.

2) OUTSOURCE - Kalau nak buat sesuatu majlis, lagi-lagi majlis besar, ko larat ker nak buat semua sendiri dari A-Z..?? Incredible Hulk pun tak mampu kak oi nak buat sorang-sorang. Nak masukkan bunga telur lagi, nak kemas dewan lagi. Jadi cara terbaik, OUTSOURCE@ ask for help~
Maafla,gambar ini, bukan untuk menunjukkan hanya saya jer yg rajin, tetapi skrin kamera kecik, tak bleh masuk semua org~..huhu

3) POST EVENT - Dalam event mgmt, ada 3 keadaan. Pre, During, & Post Event. Maksudnya apa yang nak buat lepas majlis dah abis. So kita set outla. Dalam kata lain, kemas2,sorila kena ikut terms event,tak leh suka-suki nak taruk aper..huhu
 Ini sah-sah,memang lepas post event..Penatnya mengalahkan mak andam dan abang katering. Tolong jangan pertikaikan sumbangan saya, semuanya ikhlas, ok~
P/S: Siapa yang amik gambar ni??? Malu weyh!!

Tamatla sudah pelajaran kita pada hari ini. Biar sikit-sikit janji lekat. Nanti bagi banyak-banyak takut muntah pulak, lagi-lagi sekarang ni musim Final Exam. Lepas tu nanti asyik cerita jer, orang pun pikir, mana pengantinnya, so baik stop sekarang..hehe
 MAAF!! Ini pun bukan pengantin. Lama sangat tak Post, takut ada yang rindu, :P.
 Ha, sepupu mana pulak lepas ni?? SORRY, myturn lambat lagi~
 

Monday, September 27, 2010

Kisah Menyayat Hati...

Salam!!!
Lamanya dah tak post aper-aper dekat sini. Terlalu busy sampai nak menghadap laptop pun susah. Tapi oleh kerana,lama sangat aku tak post story,so harini aku akan bagi satu story yang sadis,tapi tak berapa nak sadisla sekarang ni. Kisah ni berlaku lebih sebulan lalu. Harapan aku,semoga korang semua mendapat iktibar, dan sila sediakan sekotak tisu PREMIER.

Tanggal 17/8/2010, ayah memberikan kejutan terhebat untuk 2010 ni. Apalagi, ayah bagi kereta sebagai hadiah. MYVi EZi. Colour sangat cantik,kelabu metallic. Bila dah ada kenderaan,senangla nak bergerak. Terima kasih khas buat housemates, dan few classmates yang sanggup bergolok bergadai menghantar dan menjemput. Rasa terharu yang teramat sangat..:P

Nak jadi cerita,tak sampai seminggu aku memandu kereta kesayangan terbaru, aku merasai satu pengalaman yang paling berharga, cheewahhh(macam buat karangan autobiografi plak)..Aku ACCIDENT!!!
Serius wei, frust gila aku. Time inila barui tau dunia kat luar ni sungguh bahaya. Jadi aku nak bagi sikit tips macam mana nak menghadapi kesukaran,bila berdepan kecelakaan!!

1) Bila ada tow truck yang bukan dari syarikat pengedaran automobil di Malaysia ni, korang janganla memandai-mandai nak sign apa2..Tu semua tipu!!Nanti dier tarik kereta korang,Pastu nanti dier charge lebih dari yang sepatutnya. Ingat Jangan sign aper-aper.
2) Telefon la mereka-mereka yang boleh membantu.Ibu,ayah, staff ayah, sesiapa yang boleh diharap.

3) Jangan Panik. Tenang,bila korang panik,apa pun tak jadi.

4) Jangan terlalu lama tinggalkan kereta di tepi jalan,takut ada yang buat dajal pulak!! 

Kesimpulannya, hargaila harta benda masing-masing. Bila dah jadi macam ini,kalau kena marah pun terima jerla(tak tujukan kat siapa-siapa pun),benda dah nak jadi...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...