Thursday, December 16, 2010

Angan-angan Biar Sampai Lengan (Peribahasa Baru)

Tajuk memang tak boleh blah..haha. Lama tak update blog, sibuk dengan pelbagai urusan. Ingatkan cuti semester boleh rehat, rupanya cuti semester lagi busy. Tapi, nasib baik sempat juga pergi KLIMs 10'. Even dah almost 2 weeks, finally 2nd last day baru dapat pergi. Satu je perkataan yang boleh menggambarkan seluruh event. AWESOME!!! Macam-macam jenis ada,cuma agak kurang sikit bila takda pun kereta dari jenama Mercedes & Bmw.

Bila tengok kereta-kereta tu,mulala terfikir, alangkah seronoknya kalau mampu membeli, walau sebuah. Hehe.. berangan je lebih, hidup sekarang ni pun dah lebih dari senang, kalau tak bersyukur jugak tak tahula nak cakap. Tapi manusia memang macam tu,tak pernah tau diuntung. Bila tuhan dah tarik semua nanti, mulala menyesal.

So next time, kalau ada lagi, disyorkan anda semua pergi, memang berbaloi-baloi. Kalau pergi normal days, student dapat murah lagi..Jangan lepaskan peluang!!!. Tapi dalam banyak-banyak, ada beberapa kereta yang insyaallah, satu hari nanti akan diusahakan untuk memilikinya..Hehe...Mampu ker???


Colour pun lawa, seronoknya!!

 My dream car, Aston Martin!! Kereta ni lagi lawa,dari model tu..huhu

 Kereta ni paling banyak dapat perhatian. Camaro~

 Tapi lagi best, kalau kereta anda boleh berubah wajah seperti ini :

 
 

Wednesday, December 1, 2010

Style: Lelaki & Shopping Part 1

Bukan perkara luar biasa jika kita dengar Lelaki kini suka bershopping. Ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit. Pelik ke?? Dulu mungkin, tapi sekarang, di era-era metroseksual ni, lelaki memang sangat-sangat mengambil berat penampilan diri from head to toe. Tau tak??, peratusan menunjukkan kaun adam lebih ramai mengunjungi Shopping Complex berbanding kaun hawa!! Serius tak tipu, peratusan cakap..hehe.

Tapi kalau dilihat secara kasar, memang betul pun, takpercaya, lihat pada market sekarang. Semua produk yang dulunya untuk wanita, kini dah ada versi lelaki. Contohnya macam produk FOR MEN, yang memang dibuat khusus untuk lelaki..Lelaki yang gemar bershopping ni atau tergolong dalam SHOPAHOLIC lebih menggemari barang-barang berjenama, walaupun ianya FAKE. Yela kalau beli kasut Nike dekat Petaling Street, bukannya orang tau pun. Janji Nike!!..


Bagi aku, ada 2 kumpulan Shopaholic :
Golongan petama : Mereka yang gemar bershopping, dan barangan yang dibeli memang asli, sometimes mencecah RIBUAN ringgit. Suka kepada pusat beli belah terkenal, senang nak dapat.
Golongan kedua : Mereka ni suka membeli belah,tapi barangan yang dibeli kebanyakkan FAKE. Biarlah menang gaya. Selalunya tak kisah membeli di tempat-tempat bundle/ uptown/Petaling Street.

Anda golongan yang mana?? sila beri feedback..haha

Tak kisahla anda golongan mana, yang memakai pun anda. Cuma janganla terlalu obses dengan jenama terkenal sehingga lupa Barangan Buatan Malaysia!!!!

 Seronok bila ada teman pershoppingan (ayat baru) yang bijak membeli.
P/S: Rindu saat-saat ini,sekarang semua belajar jauh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...