Dah 2 minggu hidup bujang.Sebelum ni pun memang bujang,tapi duk melepak bawah ketiak mak.Dah keluar dari ketiak baru tau susah senang hidup.Haha.So far takla teruk hidup bujang ni.Lagi-lagi kalau housemate satu kepala.Bila hidup bujang,perangai pun totally change.Kalau dulu,nak buat air sirap pun mintak tolong mak,kat sini,nak suruh mak aper yang buat air sirap?Mak nyah???hahaha...Nak taknak,sikap-sikap yang tak berapa nak wangi tu kena la ubah.Baru hidup aman damai.Chewahh,macam ahli politik pulak.
Tapi aku bukan nak bagi ceramah pasal pencerobohan pasir kat Selangor ek,aku nak bagi tips-tips macam mana nak hidup berdikari..Lagi-lagi untuk budak lelaki..
Tips 1 : Makan Tengahhari dalam waktu tengah hari.Bukan dalam waktu petang.Sebab tu aku panggil makan petang.Faham??
Tips 2 : Simpan Stok maggi banyak-banyak.Lagi banyak jenama lagi bagus.Senang nak buat pilihan terbaik.So far aku boleh rekomenkan Maggi Goreng Kriuk-Kriuk.Memang Kriuk~
Tips 3 : Sila pasang broadband.Ini unuk mengelakkan kebosanan tahap melampau.Lagi-lagi kalau korang gila berfacebook 24/7.Saranan aku,sebelum beli sila check coverage broadband di tempat masing-masing.Jangan ko sibuk cari broadband yang murah.Kalau murah tapi takder coverage,aper yang dapat?? (sila baca dengan nada marah)
Tips 4 : Sila jangan berwrestling dengan mesin basuh,sebab kalau korang sibuk berwrestling,alamat sehari jerla korang dapat pakai mesin basuh.
Tips 5 : Sila pasang Astro.Ini yang paling penting.Bila channel Tv yang korang dapat hanya skrin biru,cepatla,pasang Astro bagi meningkatkan pengetahuan korang tentang isu-isu semasa.
Kesimpulannya,takla teruk pun kalau kena hidup sendiri.Dapat pengetahuan baru,pengalaman baru.Lagi banyak korang dapat kenal kawan-kawan baru.Semua barula.Insyaallah nati kereta pun BARU!!!!lalala~
Ini dipanggil lunch,walaupun waktu makannya adalah pada pukul 6 petang.Ini first day memasak.Siapa kata budak lelaki tak pandai masak?tengok pun dah tau sedap.haha(sila abaikan ayat last,sebab terlalu poyo)
Ini kali kedua masak.Tengok!!Tak ke nampak lazat sampai menjilat pinggan.Cuba teka masakan apa tu??haha,sungguh membangga diri.Budak lelaki semua sila respect diri anda.:P
Mesin basuh ini,adalah sekadar hiasan sebab sudah tidak boleh digunakan lagi.Tempoh penggunaan,hanya sekali.Gila kentang weh.Agaknya terkejut dengan bau baju budak-budak.Shock terus!!