Wednesday, July 7, 2010

UITM DI HATI

Hari ini,first day masuk kelas.Mendebarkan,mencemaskan,macam nak first time nak kena sunat.Opss!!!
Sebab dah meninggalkan UTM,terpaksalah berubah hati dan belajar untuk mencintai universiti yang terbaru ini.Tapi surprise tak surprisela,tak sampai setengah hari aku dah fall in love dengan institusi ni.Tak taula macam maner,tapi tengah-tengah melepak nak lunch tadi,terus terdetik,eh,best betul dapat belajar kat sini.Meh kiter check apa yang best sangat UITM ni.Lets check it out~...Cheh,macam ramai fans..hehe
Ini bangunan Fakulti Office Management.Fuh!!!,canggih.Macam kat Oxford.haha

Yang bertingkat-tingkat tu,tangga Batu Caves.Hanya yang diberkati jer kut yang mampu mendaki.ke kolej hehe.Macam aku ni takla kut,sebab tu aku duduk luar.

Bab ni yang paling aku suka skali..Makanan-makanan macam ni,kalau tiap-tiap ari jamah pun sanggup.Cuma bab harga tu yang lemah sikit.Cuba teka brapa harga sepinggan ni??Satu lagi ,makanan ni dihasilkan ehsan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.
Cuba tengok,sayu je Fakulti Sains Kesihatan ni.Bila time melepak dekat sini,terasa tenang,damai,pastu NAK BALIK RUMAH!!!!

Terlalu banyak yang aku nak story.Tapi cukuplah sampai sini,nanti orang kata aku gelabah pulak.Macam aku seorang je belajar kat universiti.Hehe.Apa pun mulai hari ini,Uitm tetap dihati.

Monday, July 5, 2010

PERCUTIAN YANG MERELAKSKAN ~

Post ni adalah Qada' untuk beberapa bulan aku tak update.Ok fine...Sebab terlalu ramai yang bertanya,maner aku menghilang 7/6 aritu,terpaksala menjawab sebab dah terlalu letih nak dengar soalan yang sama..hahaha..Act,aku pergi BERCUTI.Dah lama tak spend time dengan family.Bila dapat peluang macam tu,mmg taknak lepaskan.Lagi-lagi dapat sponsor PA&MA.Jauh,tak jauh jugakla,tapi kena seberang laut jugakla.Aku pegi Sarawak~

Nothing much to say about Sarawak except food&hospitality.Memang first class.Terasa mcm time aku pegi London.First,mmg rakyat Sarawak ni sangat2 lembut&ramah.Tak taula kalau aku tak jumper yg suker wut dajal.Food dia jangan ceritala,sangat-sangat murah.Sedap jatuh no.2.So aku rangkumkan percutian aku kali ni dalam bentuk gambar-gambar je la,sebab orang cakap A PICTURE WORTH A THOUSAND WORDS.Lagipun dah old season kut story aku ni.Lainla kalau aku post aku pergi bercuti kat eropah ke,berduyun-duyun orang nak tau.~

Yang enterframe tu mydad.Before nak pergi pun sempat cancel mana-mana meeting yang patut.Gambar ni saja jer nak tunjuk beg Nike baru.

Lazat tak,Lazat tak??Cheh,nak tanya sampai 2 kali.Tapi siapa tak excited kalau tengok makanan macam ni.Tapi awas,jangan terpedaya dengan rupa.

Masakan ketam,memang terbaek~..Jangan terkejut,Kalau aku cakap,ini baru first half..Semua memang kaki seafood..So tak boleh nak cakap apa la,even,mata ayah&mama dah membesar,terkejut dek ketamakkan anak-anak.
2nd half,cukupla sekadar menunjuk lokasi tempat makan,dalam bilik suite ni.Tempat tidur tak bolehla.Tak sanggup nak tunjuk betapa besarnya saiz hidangan seafood yang telah diorder.Takut kena kutuk,sebab saiz hidangan atas meja ni,cukup untuk bagi 10 orang makan.Astaga!! 
Boleh bayangkan tak,betapa happynya muka aku sebab dah lama sangat tak bercuti.Owh lupa nak bagitau,yang gambar apartment2 belakang tu,antaranya tempat wajib untuk Sultan Brunei kalau datang Sarawak.Orang hotel cakapla.
Ok.Ni yang terakhir.Sebab percutian aku,berakhir pada hari Jumaat,maka aku akhiri post ni pun dengan gambar masjid.Untung-untung dapat beri keinsafan.Yerla,tuhan dah bagi kesenangan makan,tempat tinggal,dan kemampuan untuk pegi bercuti.Lagi satu Please percaya yang aku pegi sembahyang jumaat.Jangan ingat aku copy paste jer gambar ni ya..hahah!!!

Wednesday, February 10, 2010

Baru 2 hari,dah DEMAM??? Biar Betik!!!..

Siapa yang demam?Kenapa demam? Mesti benda-benda ni bermain kat fikiran korang kan.huhu..Untuk pengetahuan,aku sekarang ni baru start kerja kat satu kedai buku X (bukan nama sebenar),hahah,takutla kang sebut-sebut kena saman pulak.Kerja suka-suka before sambung belajar.Kerja ni ada full shift,ada morning/afternoon shift.Semua dah set,tinggal nak kerja je.So hari isnin lepas,aku start keje.Mula-mula nampak jer macam senang,lagi-lagi bila kita jadi customer dulu.Bila tengok dorang keje,kita kata "ala,senang je keje susun-susun buku ni,semua orang boleh buat".Senang kepala hangguk korang,kalau tak macam mana aku boleh demam??Sapa yang dok mengata aku,memang S**T.Sebabnya korang tak rasa apa yang aku rasa.hehe

So mula-mula kerja kena buat housekeeping.Maksudnya,kena susun-susun bukula.Bukan main susun-susun jer Limah oi,bak kata supervisor aku,"susun buku ni part of art.Ada cara dia".Memang betul,kena accurate and precise.Lepas tu,buat Pricing,and Tagging.Pebenda ni???Inilah tanda-tanda harga yang korang nampak kat belakang buku tu.Lepas dah buat pricing,kena la lekat dekat buku,itu yang dinamakan tagging.Bukan mudah wei!!Nak buat pricing tu kena ingat nama vendor,kod vendor,due date,invois date,pastu kena guna mesin.Mesin pun canggih,banyak nak tekan-tekan.Pening kepala~.Dah macam kilang dah aku tengok kat office admin tu.Nampak mudah,korang pun akan kata senang,tapi cuba dulu,baru tau.

Aku ditugaskan jaga English Department.Wah!!!Kelas gitu.Tapi bunyi jerla.Aku rela lagi jadi cashier kot.So masuk hari kedua,aku buat stock return.Belum lagi stock receive.Stock return ni,korang kena check semua buku-buku/Magazines yang dah cukup tempoh untuk dipulangkan balik.Bukan main check jer tau,kena mula dari invoice,pastu buku-buku ni bukan sikit-sikit tapi ratusan.Bukan dari satu vendor jer,ada more than 7/8 vendor.Korang darabla macam yang siti sifir buat dalam rancangan Along.12 jam aku buat benda ni tak habis2 nasib baik hari ni hari rabu,aku off.Proses dier sangat panjang,terlalu banyak benda.Bukan kumpul pastu pulang jer.Kena kira berapa yang terjual,berapa harga jualan,nak order untuk bulan depan berapa,ni semua skill-skill yang korang akan dapat walaupun baru 2 hari kerja.

Nak dijadikan cerita,hari pertama aku cramp kaki,hari ke-2 dah nak demam-demam,hari ke-3 akhirnya aku demam.pressure punya pasal.Ini belum hujung bulan lagi.Customer pulak jangan ceritala,macam-macam perangai yang korang leh jumpa.Tapi setakat ni,aku still kuat lagila.Baru 2 hari takkan nak give up.Korang pun macam tu.Ada member-member aku kata,tak seseksa macam kerja dorang kat M* D,atau 7*,yer ker?? Tapi yang aku tau,keje kedai buku memerlukan skill yang sangat tinggi.Kalau tak,macam mana before aku,ader ramai lagi yang berhenti walaupun keje tak sampai sebulan???Even pekerja-pekerja kat situ pun pernah kerja kat tempat-tempat seperti di atas,tapi dorang stil kata kerja kat kedai buku X ni,berganda teruknya dari tempat lain.Dahla aku ni antara yang termuda,segan jugak.Tau tak,seorang pekerja kedai X,kena tau hampir semua operation dalam seluruh kedai.Silap-silap haribulan,minggu depan aku jadi cashier pulak. Tapi dalam 2 hari ni,aku dapat terlalu banyak ilmu,belum sebulan lagi tu.Lagi satu,kerja kat mana-mana pun ada challengenya masing-masing.Terpulang pada kita yang kena pandai mengharunginya.Apa-apa pun kalau korang nak beli buku,bagitau aku,dapat 15% diskaun rate.Jangan segan-segan,order jer..Chow~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...