Monday, August 15, 2011

Entry Sumbat - Part 2

Salam ke-15 Ramadhan guys.. Dah hari ke-15 maknanya nak almost 3 weeks tak update. Macam biasalah janji I, kalau tak update maksudnya I buat Entry Sumbat. Senangkan!! Bagi yang tak biasa dengan Entry Sumbat anda bolehlah Klik Sini. Tapi nak citer sikitla, supaya takderla yang blur ataupun bertanya. Letik pokcik nak, kalau nak menjawab 20 soklan yang sama. Bulan-bulan ramadhan ni, kena kurang-kurangkan bercakap..Ewahhh~


Entry Sumbat bermaksud segala entry-entry yang merangkumi beberapa minggu tak update disumbatkan dalam satu entry. Paham tak?? Camner nak citer ek, haha. Pahamkan sendiri jerla, takpun boleh check twitter. Benda ni dah jadi #TrendingTopic, :P


MINGGU #1

Mula-mula ingat nak buat tajuk entry Rezeki Ramadhan, tapi memandangkan benda yang nak cerita ni datang sehari sebelum ramadhan, tak baik pulak menipu,kikikiki. On the 31st of July, dengan tidak semena-menanya, ayah I memberi hadiah. Memang tak semena-mena lah, sebab birthday pun bukan, nak kata tolong basuh kete pun bukan sebab selalu antar kedai. Pelik betul dapat hadiah.

Tapi Ayah dah hulur takkan nak tolak. Orang memberi, 1000x berbesar hati I terima. Giler nak tolak sebab hadiah dier, jeng,jeng,jeng!!!! :
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ipad 2!!! I hanya nak berkongsi kegembiraan. Boleh??

Ada kisah kenapa I got this from him. Tapi kalau I citer ni, janganlah kata riak pulak. Kurang pulak pahala puasa nanti. Ini kisah motivasi I, setiap orang pasti ada cara nak memotivasikan diri kan.. :) . I ada buat deal dengan parents, esp my dad. Every semester, kalau dapat kekalkan keputusan exam, I dapat ganjaran. I study hard untuk diri sendiri dan family, bukan nak dapat ganjaran.

Tapi Ayah anggap ini sebagai insentif untuk I lebih berusaha setiap semester. Tapi biler I dapat DL every semester, taklah dapat hadiah every semester. Giler!!! Cumanya every bukak sem, Ayah adalah tanya sem ni nak apa kalau achieve target. So I bagitaulah apa yang I nak, kalau ada I cakaplah hehe. Macam 2 sem lepas, I nak sangat kamera DSLR, I sebutlah..haha

Then biler dah dapat result, I senyap jerla, tapi ayah pulak yang akan tanya "biler nak beli-biler nak beli". I takderla memaksa cakap "nak arini jugak" :P. Tapi in the meantime, I survey2 la jugak, tapi I buat sendirila :P yerla, taknakla menyesal biler dah beli..

Lain orang lain cara kan.. Ada pulak tu, biler ada awek result bukan main cantik lagi. Yerla, malu la dengan awek kalau result suam-suam kuku kan. Tapi untuk I,  I letakkan sesuatu dihadapan, bukan bermakna materialistik yer. Lagi satu, bukan I jer, semua adik-beradik yang lain Ayah buat macam tu. Kang ader yang kata pulak I ni "ditatang macam minyak yang penuh pulak" hahahaha.
Sedap pulak main tolak-tolak ni, wakakakaka.
Tapi apa-apapun nak berterima kasih jugak dekat Yusof Firdaus yang sudi melayan segala pertanyaan I. hari I akan bother dier dengan soklan2 mengarut tapi bro ni memang chill la!! Relax jer jawab sumer soklan.hehe. I taknak la citer pasal spec Ipad 2 ni. Sebab bagi I semua bagus, sbab I dah survey betul-betul. Tapi bagi yang konfius atau dalam dilema antara Ipad 2 VS Blackberry Playbook sila tanya yang lebih arif ok..hehe


MINGGU #2

Minggu  ni agak sibuk sikit dengan aktiviti mengemas rumah. Pelik jugak kan, kenapa every bulan puasa baru nak mengemas?? Punya banyakla bulan-bulan lain, tapi bulan ramadhan jugak jadi pilihan. Kalau bijak sila jawab soklan diatas ni didalam ruangan komen ok.

I rangkumkan jerla aktiviti mengemas ni dalam gambar, bak kata peribahasa "A picture worth a thousand words" Tapi perlu diingatkan, gambar-gambar di bawah terlalu explicit. Takut mengurangkan pahala puasa anda, kikikiki. Lagi satu, bibik cuti tapitaktaula naper, ura-ura kata pergi buat biometrik. Takut tak dapat balik Indon katanya~

Nampak tak kotak Acer dengan Kotak Scanner diujung tu?? Diingatkan kotak-kotak ni sudah berusia hampir 8 tahun. National Treasure sangat kan. Hahahahaha

Untuk pengetahuan, insan-insan dalam rumah ni smua penyayang. Sebab tu biler membeli jangan kata kotak, manual guide pun nak simpan. Tapi bersusun ok. Jangan ada yang kata rumah I macam tongkang pecah pulak. Raya nanti datang, I buat open house.

Tengoklah.. padahal tiap-tiap tahun ada kasut baru. Tapi bila membeli, yang lama pun simpan jugak. Sampai luntur kaler, bayangkanlah, sayang punya pasal.
 Astro start tahun biler?? Selama beroperasi, selama tulah kotak astro tu disimpan. Tak salah kan sesiapa pun. Sebab biler membeli, kotak-kotak ni semua disimpan elok didalam stor. Disusun cantik tak hengat. So masing-masing pun luper.

Ini baru peralatan, belum pakaian lagi. Itu jangan citerlah. Tiap-tiap tahun masing-masing membeli, tapi tak semua pakai. Elok jer trsusun dalam plastik. Every year kuantiti betambah tak pernah pulak berkurang. So minggu lepas, semua dah dikeluarkan dan disedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Yerla bulan-bulan ramadhan ni, eloklah buat amal.

Tapi nak sedekah, biarlah yang elok-elok, jangan yang koyak-koyak pun ko pergi tibai bagi. Kejam tuh!! Tapi kalau buat garage sale konfem untung, boleh beli Ipad 2 berganda-ganda, wakaakakaka. Lagi satu asingkan mana sampah dengan mana yang terpakai.. Kesian yang angkut smpah tu nanti nak asingkan~

Nak jadikan cerita, tengah-tengah mengemas, akhirnya jumpa rezeki. Rezeki Ramadhan katakan. Disebalik kotak-kotak kasut dibawah, ada yang berisi dan ada yang tidak, I terjumpa ini !!!! : 

Kotak kaler oren yang kat bawah skali tu?? Nampak tak??? Takper-takper I bagi gambar lain.

Kotak nilah.. kenapa ek?? Excited tak??? I yang first time nampak kotak ni dalam beberapa tahun pun excited..hehehe


Model Nike Air ni mungkin dah berkurun, tapi I excited sebab kasut ni tahun 2006, I beli dekat kedai Lillywhite Swindon, London. Ingat lagi, sebab time beli tu kedai nak tutup, so main angkut jer~

Selama arini, patutla rasa rak kasut tu macam tak berseri jer. macam something missing, :P Rupanya tersimpan dalam stor. I tak pakai pun kasut ni, sebab size dier besar 1 size. Tapi I tetap akan simpan. Ha!!! tengoklah macam manerlah isi dalam rumah tak antik. Tak pakai, tapi simpan jer, sampailah biler I kemas rumah next 10 years.
 

P/s: Penat menaip, so bacalah yer. Untuk melepaskan rindu kawan-kawan for the next 2 weeks.. I sekarang main entry sumbat jer. Save sikit entry..hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...