Thursday, January 27, 2011

TRIp Budak Event (TRIBE) ke Air Terjun Misteri - Part 1

Ingat tarikh ni kawan-kawan, bila kita buat 1st trip untuk Awana Citra/Emerald Nuansa. Even bukan satu kelas, tapi satu hati. Besar sejarahnya, kalau nak buka cerita macam mana 1 kelas boleh pecah 2. Tapi takper, kita tinggalkan kisah tu dulu, later i'll get back to you. So tanggal 22/1/2011, kitorang plan satu trip,even tak dapat the whole 2 classes, tapi adalah wakilnya. Seriusly excited, Lagi-lagi malam sebelumnya :
Jangan terkejut!! Sandwiches kitorang yang abis dulu~

Bila dah tiba harinya,konfem-konfemla excited tahap gaban. Kumpul dekat petronas pukul 7 pagi tu. Lagi kagum biler tengok banyak giler makanan. Budak-budak pompuan ni,mmg kaki masak. SEDAP plak tu~
 Cuba teka mana satu tauke KEK BATIK?? Sape betul dapat setupperware Kek~

Cuba teka mana satu tauke Nasi Lemak?? Saper betul dapat sebungkus~

Kenapa Misteri, Sebab penghuni-penghuni kawasan air terjun ni sangat misteri. Cuba bayangkan kebanyakkan penghuninya agak "kureng" siyes SCARY~. Menjejaskan btul mood mandi. Siap jumpa Rihanna hisap ROKOK lagi!! Tapi maaf,gambar telah dicensored..Tapi bila mandi, janji HAPPY bila spend time dengan kawan-kawan.
  Premandi shoot~

 During mandi shoot~

During mandi shoot~

Breaktime~

Aktiviti bukan setakat mandi jer,banyak lagi ni. Tapi akan disambung kemudian sebab perut ni sakit, mintak diisi.. 
P/s: Pengeluaran gambar-gambar diatas,telah pun diberi keizinan pihak berwajib. Jadi jangan pertikaikan.


 

Monday, January 10, 2011

5 Things I Love About You

1) Dulu ayah cepat naik darah, kalau marah tangan mesti naik. Aku cukup tak suka bila kena    marah.

2) Ayah selalu pesan, everytime exam, mesti check, recheck, counter check. Sampai naik muak la telinga ni dengar.

3) Bila bawak kereta, mesti ada benda yang tak kena. "Kenapa laju sangat? Apa yang nak kejar? Tapi ayah tak faham yang kalau duduk dalam kereta lama-lama, boleh cramped belakang badan.

4) Ayah suka berkebun. Tanam pokok bunga,tanam pokok buah-buahan. Tapi bila dah tinggi melangit, mesti suruh aku potong. Lain kali jangan tanam pokok kalau taknak jaga. Itulah yang selalu aku fikir.

5) Everytime bila mintak something, mesti take time. Sebab mesti tunggu ayah free baru boleh beli. Kadang-kadang frust jugak bila dapat good result, it takes time to receive the present.

Tapi itu semua memori yang aku kenang bila ayah sakit last year. Bila ayah masuk operation theater, semua benda yang aku tak suka, jadi benda yang aku rindu. Aku berdoa semua akan selamat. Aku sedar, setiap benda yang ayah buat mesti ada sebab. Tak pernah sekali pun ayah buat perkara ikut suka dia.

1)Bila ayah marah, maksudnya anak dia nakal sangat la tu. Memang tak reti-reti duk diam. Selalu buat bising, tak paham-paham bahasa bila orang suro senyap.

2)Setiap pesan ayah everytime exam tu la, yang buat aku berjaya every exam. Yang terbaru, dapat Dean's List untuk semester ni.

3)Everytime bawak kereta ayah marah, sebab dia terlalu menjaga keselamatan anak-anak dia. Ayah selalu cakap " nyawa anak-anak lagi penting"..Kalau dia bawak sendiri,sorang-sorang, memang kalah schumacher..hehe

4) Rupanya, ayah suruh anak-anak dia tebas pokok supaya dia boleh spend masa dengan anak-anak. Kalau tak, paham-paham jerla anak-anak zaman sekarang. Kalau tak Facebook, Psp la, ntah benda-benda la lagi..Aku pun tak paham. :P. Tau kerja senang jer. kalau nak tebang pokok tu, upah orang. Macam bapak kerja cop duit.

5) Yang buat aku terasa sangat, rupanya ayah tak pernah lupa. Kalau sesuatu hadiah tu lambat, bukan dier lupa, tapi dia mencari yang terbaik!!.. Aku pernah dengar, ayah call kawan-kawan dia untuk suggest hadiah yang paling baik untuk anak-anak dia. Dia terlalu bangga kalau anak-anak dia dapat Good Result.

Mungkin aku jarang mengucapkan perkataan sayang, tapi Ayah, saya sayang anda!!! 
Selamat Hari Jadi yang ke-51. Semoga kesihatan yang baik akan sentiasa berkekalan. Semoga panjang umur. Ingatlah, Apa yang saya jadi sekarang, adalah kerana anda. Saya bangga ada ayah seperti anda. Love you so much DAD!!

 Yang depan tu sah2la bukan ayah. Konfem2 adik!!!..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...